Saturday, August 27, 2011

Blog Khairi Jalaludin ditutup akibat putus asa

26 Ogos, Kaherah - Blog Pegawai Atase Pendidikan EME Encik Khairi Jalaludin ditutup akibat beliau berputus asa dengan usaha memperbaiki nama beliau yang semakin dibenci oleh mahasiswa-mahasiswi Islam di Mesir.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Encik Khairi Jalaludin cuba membina blog beliau (notakhairijalaludin.blogspot.com) untuk memperbetulkan tanggapan mahasiswa-mahasiswi Islam terhadap tugas dan kerja beliau di Mesir.

Blog tersebut dibina hampir seminggu yang lalu untuk menutup kes kelalaian beliau terhadap seorang mahasiswi Perubatan Saudari Hanisah Hasyim yang terpaksa menanggung kos pengajian ekoran surat palsu yang beliau hantar kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Kes yang sama terjadi pada seorang mahasiswa Perubatan di Tanta Saudara Muhammad Sofian Gan yang tidak dapat memasuki peperiksaan tahun akhir akibat sikap sambil lewa Pegawai Atase Pendidikan EME tersebut.

Sejak akhir-akhir ini banyak kes-kes yang melibatkan sikap lalai pegawai EM terutamanya Encik Khairi Jalaludin dalam menjalankan tugas sebagai Pegawai Atase Pendidikan.

Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk menutup blog akibat banyak kes-kes mahasiswa-mahasiswi yang menunjukkan peribadi beliau yang sebenarnya.

Mungkin selepas kes Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan ini selesai, beliau akan membina blog yang baru untuk memperbaiki nama beliau yag semakin buruk tetapi usaha tersebut bagaikan menuang air di daun keladi. Nantikan blog baru Encik Khairi Jalaludin.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir