9 januari 2012 @ 901 semakin
panas dibincangkan di Malaysia. Apa yang pasti hari tersebut bakal menentukan
masa depan imej kehakiman negara di bawah pentadbiran Najib Razak dan Rosmah
Mansur. Para pemimpin Pakatan Rakyat pastinya telah bersedia dengan segala
kemungkinan yang akan berlaku pada hari tersebut. Apa pun keputusan yang
dibuat, pastinya rakyat tidakakan sama sekali membiarkan UMNO terus
menghancurkan negara dan menjual negara kepada orang asing.
Kehangatan isu 901 turut sama
dirasai oleh para pelajar yang berada di Mesir. Moga-moga kehangatan ini akan
disambut baik oleh pihak Suara Gerakan Rakyat (SUARA) dengan menganjurkan satu
perhimpunan atau program yang menunjukkan kebersamaan rakyat Malaysia dalam
menentang kezaliman dan pemimpin korup UMNO.
Mungkin isu pembuangan saudara
Firdaus Madzlan akan menjadi pertimbangan mereka. Tapi apa yang pasti sekiranya
pembuangan tersebut berulang dan berlaku terhadap mahasiswa yang lain, pastinya
ramai sudah dapat menyangka dan meneka siapakah tali barut dalam perancangan
tersebut. Nama-nama pegawai E.M dan Kedutaan yang selama ini terlibat dalam tindakan
zalim dan kejam terhadap saudara Firdaus Madzlan rasanya masih di dalam kotak
ingatan kita semua.
Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan
turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej
kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak car pemerintahan dan
pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah.
Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu
kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus
negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman
sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu
adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan
penganiayaan yang dilakukan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Apa yang pasti tujuan dan matlamat kita perlu jelas dalam isu 901. Kita
sokong bukan kerana Anwar dan bukan
untuk Anwar tapi yang pasti tujuan kita adalah untuk menyatakan prinsip dan
menyampaikan mesej kepada UMNO dan BN bahawa rakyat yang bertamadun dan
Mahasiswa yang celik tidak akan buta dan bisu terhadap kezaliman yang dilakukan
oleh kerajaan.
p/s : Isu 901 pastinya ISMA
sekali lagi mencari jalan selamat.
0 comments:
Post a Comment