Wednesday, January 18, 2012


PERTEMUAN  30 MINIT  PENGARAH EME, PROF.MADYA
DR.HJ.SU'AIDI DATO'HJ.SAFEI DENGAN  IMAM AKBAR
SHEIKHUL AZHAR, PROF.DR. MUHAMMAD AHMAD TAYYIB
ISU: IMTIHAN QABUL DAN KELAS BAHASA ARAB
MASA: 15 JANUARI 2012 (AHAD: 12.30 – 1.00pm)
TEMPAT: MASHYAKHAT AL-AZHAR

A. Turut Hadir:

1. Dr. Abd el-Daim Naseir, Education Advisor to the Grand Imam of alAzhar, Wakil Ahli J/Kuasa Eksekutif Pusat Bahasa
2. Mahmoud Abdel Gawad, Diplomatic Advisor to the Grand Imam of alAzhar
3. Soliman Zaki, Administrative Assistant (Academic), EME
4. Nor Zakiah Zaidon, Education Attache, EME

B. Hasil Perbincangan:

i.  Sheikhul Azhar  memaklumkan  Universiti Azhar tidak memperuntukkan bajet untuk pengurusan Pusat Bahasa dan Ia beroperasi sendiri; menjana mekanisme sumber pendapatan dan bertanggung jawab menyelia kewangan sepenuhnya; gaji, kos pengurusan penyelenggaraan dan utiliti.

ii.  Pusat Bahasa perlu menampung kos perbelanjaan mulai tahun ini melalui yuran pengajian pelajar yang ditentukan.

iii.  Pelajar asing dari  negara lain seperti Thailand, Senegal,  Indonesia dan negara Afrika yang lain berada dalam klasifikasi negara miskin tetapi telah pun membuat bayaran  bulanan 480 pound Mesir sebagai kos kursus Bahasa Arab,  berbanding Malaysia yang masih berkira dan belum membuat bayaran.

iv. EME memperbetulkan hujahan bahawa sebarang perubahan  drastik tanpa isyarat awal membawa kesan kejutan dan situasi tidak bersedia. Pihak penaja  pelajar  mempertikaikan kesesuaian penambahan  kos tanggungan,  mereka  yang menaja sendiri self financed pula dalam keadaan tertekan/terdesak. EME pada tempatnya memohon penjelasan kerana pelajar Malaysia seramai 569 orang yang terlibat merupakan majoriti cohort ini.

v.  Al-Azhar mengakui ada sedikit ketidak selarasan dalam pengurusan data pelajar antara Fakulti Universiti dengan Pusat Bahasa (Ikatan Alumni Azhar), sehingga berlaku pertembungan banyak kes pelajar tidak lulus IQ tersenarai juga untuk menduduki peperiksaan pada Januari 2012. Ini akan meletakkan mereka dalam keadaan mengulang tahun pengajian kerana gagal hadir peperiksaan dan ini mengganggu pengurusan rekod pinjaman tajaan.

vi. Sheikhul Azhar meminta EME menyerahkan senarai nama pelajar terbabit untuk penyelarasan. Pihak Universiti sepatutnya hanya mengeluar senarai pelajar tahun satu selepas disahkan keputusan lulus mustawa 7 dan ke atas dalam keputusan IQ.

vii.  EME diminta memaklumkan ketetapan sistem mustawa (band) kelulusan IQ baru ini berserta kos yuran pengajian bulanan berkaitan kepada pihak penaja sekiranya pelajar  tajaan  berhasrat untuk terus mengikuti kursus Bahasa Arab ini.

viii.  Wakil  Pusat  Bahasa tidak bersedia memenuhi permintaan EME supaya keputusan IQ pelajar disediakan dalam bentuk terperinci agihan markah mengikut kategori 4 kemahiran terbabit dengan peratusan supaya dapat dikenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar yang perlu ditambah baik

Pada mereka keputusan mengikut program secara amnya bukan satusatu kertas tertentu.

ix.  Wakil Pusat Bahasa juga mempertahankan ketentuan kelulusan minima pada band 7 bukan band 6 sebagaimana yang dicadangkan EME, atas alasan pertimbangan  ini telah dibuat oleh  kumpulan pakar dalam mesyuarat berkenaan.

x. Sheikhul Azhar membangkitkan sejarah  asal-usul  penubuhan Pusat Bahasa atas permintaan Duta Besar Malaysia terdahulu, Datuk Zainal Abidin yang mengadu soal kelemahan pelajar Malaysia menguasai Bahasa Arab menyebabkan ramai yang gagal dan tidak tamat pengajian  pada masanya.

xi. Sebarang perbincangan lanjut dicadangkan supaya  pegawai  EME
berurusan dengan Pengarah Pejabat Penyelarasan Wafidin, Universiti alAzhar.

(copy dan edit dari web E.M.E)

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir