Monday, January 9, 2012

ADAM ADLI LAWAN D.S NAJIB KENA GANTUNG, LAWAN KEDUTAAN KENA BUANG !! SIAPA BESAR ?

Hari ini tersiarnya keputusan yang dikenakan oleh pihak UPSI terhadap Adam Adli atas tindakan beliau menurunkan bendera DS Najib dan menggantikan dengan “bendera” beliau. Tindakan yang dilakukan secara spontan bagi menyatakan protes terhadap sikap kerajaan yang membodohkan mahasiswa dan mengenakan peraturan yang menjumudkan pemikiran mereka dari bebas untuk berfikir dan menyatakan hak.

Sekalipun isu pembuangan pelajar di Mesir sudah berlalu, namun tindakan tatatertib yang dikenakan oleh pihak UPSI sebenarnya telah menggambarkan bahawa tindakan pembuangan pelajar dari institute pengajian adalah satu tindakan yang tidak beretika dan tidak berperikemanusiaan. Kedutaan dan E.M seharusnya melihat keputusan penggantungan adam Adli adalah tempelak yang cukup besar dan maha dahsyat buant mereka.

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim digantung tiga semester oleh universiti itu selepas didapati bersalah kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak.
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, keputusan menggantung Adam diputuskan oleh pihak jawatankuasa tatatertib UPSI hari ini.
                                          -Sumber HarakahDaily

Najib besar atau Kedutaan dan E.M lebih besar ?? atau Kedutaan dan E.M sebenarnya lebih  besar kepala hingga membuat tindakan yang akan menyebabkan doa balasan atas mereka akan dibacakan hingga akhir hayat mereka.Pastinya semua mengakui betapa muaknya melihat sikap E.M dan Kedutaan yang saban hari tidak menjadikan isu pendidikan dan kebajikan mahasiswa sebagai agenda utama.

Gelombang Bersih 3.0 sudah pun mula bergerak dan Mesir pastinya tidak akan tunduk dengan tindakan dan ugutan jahat dari pihak pegawai. Tapi persoalan yang timbul apakah bentuk tindakan yang bakal “diwujudkan” oleh para penjilat UMNO ??


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir