Monday, January 30, 2012

WEI PEGAWAI !! TOLONGLAH SELAMI NASIB PELAJAR MESIR…

Mungkin hanya nada marah dan ugutan sahaja yang patut untuk pegawai yang berada di Mesir lebih-lebih lagi Pegawai UMNO yang memang datang untuk susahkan pelajar di Mesir. Terbaru kita dikejutkan dengan usaha murni pihak persatuan PMRAM yang sudi membuat bancian terhadap masalah visa yang dihadapi oleh pelajar Mesir. Menurut sumber, bancian tersebut dilaksanakan bagi membuktikan kepada pihak atasan bahawa ramai pelajar Malaysia di Mesir sukar untuk mendapatkan visa akibat karenah dan sikap longlai para pegawai imegrisen Mesir.(Ketua Perancang UMNO Mesir, gambar kiri)

Isu kesusahan untuk mendapatkan visa memang sudah lama di alami oleh para pelajar di Mesir.
Kesusahan dan kesukaran ini menjadi lebih teruk apabila semua pelajar asing telah dipusatkan pengajian mereka  semuanya di Kaherah. Lebih menyedihkan apabila isu visa telah banyak kali diadukan kepada pihka Kedutaan dan Education Malaysia Egypt (EME) yan memang kuat UMNO, namun sikap sambil lewa dan malas untuk bertindak sekali lagi telah ditonjolkan oleh pihak pegawai.

Lebih pelik dan paling menyedihkan adalah  sikap 3 pegawai lanun UMNO iaitu Khairi Jallaudin Pegawai E.M.E , Anuar Idris Pegawai Melaka dan Abdul Muhaimin Abdul Majid pegawai Perak, yang lebih aktif dan giat dalam menyambung hayat hidup UMNO Mesir yang semakin nazak dan tenat. Bahkan kalau dilihat fungsi yang sepatutnya dimainkan oleh mereka sebagai pegawai tidak dilaksanakan dengan sebaiknya.

Menurut sumber, Abdul Muhaimin Pegawai UMNO Perak di Mesir masih meneruskan sikap bodoh beliau apabila dilihat masih menyusahkan persatuan pelajar Perak Mesir dan tidak memberikan kerjasama yang baik dengan pihak persatuan. Manakala Pegawai Melaka , Anuar Idris pula masih tidak mahu memberikan pengiktirafan kepada persatuan Anak Melaka Mesir yang selama ini bersusah payah menjaga pelajar Melaka di Mesir. Khairi Jalalludin pula walaupun dilihat senyap dan membisu tapi semua pelajar berkeyakinan bahawa sebenarnya beliau masih bertindak sebagai perancang utama UMNO di Mesir bagi menjatuhkan para pegawai dan persatuan yang tidak memberikan kerjasama yang baik dengan UMNO.


























(Pasukan Bola  UMNO Mesir, Khairi paling kiri sekali, Anuar 4 dari kiri, dan Muhaimin 5 dari kiri)

Berbalik kepada isu visa pelajar, sepatutnya urusan bagi mendapatkan visa dibuat oleh para pegawai yang dilihat lebih banyak bersenang lenang di dalam pejabat tanpa menghiraukan masalah pelajar. Kalau mereka memang betul-betul mengambil berat masalah pelajar, pastinya isu ini tidak timbul. Jangan hanya sikap malas yang menjadi amalan pegawai UMNO di Mesir menyebabkan nyawa dan keselamatan para pelajar terancam. Tolong la ubah akhlak supaya menjadi pegawai yang lebih dihormati dan diyakini ketelusan dalam melaksanakan kerja

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir