Wednesday, January 18, 2012

YURAN MARKAZ BAHASA MENEMUI JALAN BUNTU, MASA DEPAN PELAJAR TERGADAI


Isu yuran markaz yang mahal akhirnya terjawab. Al Azhar tidak bersetuju untuk menurunkan ataupun menghapuskan yuran tersebut. Inilah hasil keputusan perbincangan antara E.M.E dengan Al-Azhar. Itupun pertemuan dibuat setelah desakan yang dibuat oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) terhadap E.M dan Kedutaan dalam siri-siri pertemuan dengan mereka. Mungkin inilah nilai harga yang patut dibayar oleh para pelajar akibat tindakan lambat pihak pegawai.

Mengapa pertemuan hanya berlangsung setelah desakan dikenakan ? Isu lambat bertindak dalam soal kebajikan pelajar sekali  lagi kembali menghantui E.M. Dalam pertemuan tersebut dengan jelas pihak Al Azhar mengatakan pelajar dari golongan negara miskin mampu membayar yuran kenapa tidak Malaysia.Jika diperhatikan, andai E.M segera mengesan isu ini, mungkin sesuatu dapat dilakukan melalui tindakan bersama dengan pegawai dari negara-negara lain.

Perbincangan yang berlangsung hanya dalam masa 30 minit sebenarnya turut mengundang pelbagai persoalan. Isu yang besar tapi perbincangan hanya berlangsung dalam jangka waktu yang cukup pendek. Ini mewujudkan banyak persepsi yang akan mengaitkan soal fungsi kewujudan E.M dalam membawa masalah pelajar ke peringkat Al-Azhar. Al Azhar tidak patut di persalahkan dalam isu ini, mungkin isu yuran ini akan selesai sekiranya pihak E.M dapat mengesan dan bertindak dengan lebih pantas dalam membawa isu ini ke pengetahuan Al-Azhar.

PEGAWAI RUMAH NEGERI DAN BANTUAN ZAKAT

Mungkin pegawai dan zakat adalah penyelesaian. Tapi itu bagi golongan yang belum mengenal sikap dan tingkah laku pegawai negeri. Pegawai Perak, Melaka dan Terengganu antara kelompok yang pernah menjadikan zakat sebagai bahan ugutan kepada pelajar. Mungkin zakat itu mak bapak diaorang yang punya kot ataupun zakat hanya hak milik UMNO.

Mengharapkan bantuan wang zakat juga antara penyelesaian kepada isu ini. Tapi sekiranya dilihat dari sudut kemampuan, kutipan antara negeri-negeri juga turut jauh berbeza. Soal pengurusan wang zakat juga menjadi persoalan.Jika sebelum ini isu kos guaman Jamil Khir boleh ditampung, apakah kos yuran pelajar yang memang dari golongan asnaf akan ditampung ?

Rakyat Malaysia yang berada di Mesir bagaikan terpaksa mengemis mengharapkan bantuan kewangan dan sokongan bagi meneruskan pengajian di Mesir. Kepada siapa lagi yang boleh diharapkan, agensi manakah yang sanggup membantu meringankan beban para pelajar ? Mengharapkan kepada pihak berwajib seperti E.M, pegawai rumah negeri dan pejabat zakat bukanlah pilihan terbaik buat para pelajar di Mesir. Pegawai makan kenyang kereta besar gaji beribu. Pelajar hidup merempat, dapat ugutan pegawai, zakat disekat.

Apa sebenarnya kesudahan nasib masa depan para pelajar Mesir ??Apakah golongan yang mengaji agama begitu hina hingga terpaksa melutut merayu mengharapkan ehsan dan simpati ?? Yang pasti kesudahan penghinaan dan penindasan terhadap pelajar Mesir  hanya Allah yang tahu.
  
PARLIMEN

Mungkin isu kelewatan E.M dan soal kebajikan pelajar wajar diajukan kepada ahli Parlimen dan dibincangkan di Parlimen. Biar isu Mesir kembali menconteng wajah buruk UMNO yang selama ini banyak berdendam dan bermusuh dengan pelajar Mesir. Biar seluruh rakyat Malaysia nampak dan faham dengan jelas mengenai layanan buruk wakil kerajaan yang dihantar bertugas di sini. Kalau dahulu nama JPMK (nama lama bagi E.M.E) menjadi isu di Parlimen kerana membatalkan majlis PMRAM, biar kali ini nama mereka naik sekali lagi. Segala aduan mengenai keburukan pegawai selama ini juga boleh kembali difailkan dan disimpan sebagai bahan bukti mengenai sikap dan prestasi kerja mereka di sini. 

ISMA TERUS LENA

Nasib mahasisa Mesir perlu dipertahankan. Biarkan ISMA terus ayik dengan mimpi tarbiyah mereka. Jangan terus hanyut dengan mainan kata-kata suci ISMA yang ingin menjadi wasatiyyah dalam semua isu hingga memesongkan semangan juang untuk menegakkan kebenaran. Biarkan ISMA dan terus biarkan agar ISMA tidur mereka tidak diganggu.


#Kepada mahasiswa/wi Mesir yang mempunyai laporan @ berita  boleh berkongsi dengan pihak Media Mesir di inbox FB MediaMesir.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir