Wednesday, January 11, 2012

ISU YURAN MARKAZ BAHASA, NASIB MASA DEPAN PELAJAR BARU JADI TARUHAN


 Pendaftaran kemasukan pelajar baru ke Universiti Al-Azhar saban tahun pastinya tidak lepas dengan pelbagai isu dan karenah dari pihak yang pelbagai. Soal pendidikan dan keselamatan serta kebajikan pelajar adalah antara aspek utama yang sering menjadi topik bualan dan perhatian. Bagi kemasukan 2011/2012 juga tidak lekang dengan isu. Bermula dengan sikap acuh tak acuh kerajaan dalam memutuskan tempat bagi pelajar menduduki peperiksaan imtihan qabul dan akhirnya perkara tersebut dimuktamadkan bahawa semua pelajar akan menduduki peperiksaan tersebut di Mesir.

Namun selepas keputusan ini dibuat, muncul pula sebuah yayasan yang mendapat keizinan daripada pihak Al-Azhar bagi menjalankan ujian Imtihan Qabul di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah tiada satu pun kenyataan yang tersebar luas daripada pihak kerajaan bagi menjelaskan keadaaan dan situasi yang sebenar.Kemudian sebaik peperiksaan diambil, para pelajar sekali lagi dikejutkan dengan ketetapan daripada pihak Markaz Bahasa yang mewajibkan yuran bagi setiap peringkat. Sudah pasti ketetapan tersebut merantap semangat juang para pelajar yang selama ini begitu mengidamkan untuk menjadi salah seorang penuntut di Al-Azhar. (Gambar bawah : sekadar hiasan)
 
Umum pasti mengetahui bahawa Al-Azhar adalah sebuah institut pengajian yang mengenakan yuran yang cukup rendah bahkan soal yuran dan kewangan bukanlah perkara yang sering dikaitkan dengan Al-Azhar. Namun apabila isu ini timbul, ianya pasti meberikan impak kepada para pelajar yang menghadapi masalah kewangan dan hanya bergantung terhadap pinjaman ataupun zakat.

Sewajarnya isu ini menjadi tajuk utama dan agenda terpenting bagi pihak E.M dan Kedutaan bagi mencari penyelesaian terbaik.Jika hanya sekadar memberi pilihan untuk pulang,ianya bukanlah satu saranan yang bijak bahkan akan dipersoalkan dan dipertikaikan mengenai tugas dan fungsi wakil kerajaan disini. Soal masa depan anak bangsa seolah olah telah digadaikan. Impian mereka yang menggunung tinggi bagi menjejakkan kaki di Mesir dan belajar di sini sekadar disambut sambil lewa dan bersahaja oleh pihak E.M dan Kedutaan.

Isu ini juga harus dilihat sebagai penentu nasib masa depan para pegawai yang berugas di Mesir.Soal integriti dan kebijaksanaan  dalm menguruskan masalah pelajar pastinya akan menjadi bualan dan topik hangat di kalangan rakyat Malaysia di Mesir. Buat semua pegawai yang bertugas di Mesir cuba  bayangkan andai pelajar pelajar yang teraniaya itu adalah anak anak kandung kalian !!

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir