Wednesday, January 4, 2012

KENYATAAN ISMA UNTUK RAIH SOKONGAN KERAJAAN BUKAN KEBENARAN

Isu pertempuran antara mahasiswa dengan pihak berkuasa dan kerajaan sedang hangat diperkatakan. Soal siapa yang perlu bertanggunjawab seolah-olah sudah terjawab apabila tersebarnya berita mengenai seorang mahasiswa yang dimasukkan ke dalam hospital akibat kekasaran yang berlaku dalam insiden tersebut.Hanya ingin menyatakan perasaan dan memperjuangkan hak serta kebenaran, akhirnya mahasiswa dilayan bagaikan orang asing yang melakukan  jenayah yang cukup ganas.


Di saat semua media tertumpu dalam mencari jawapan dan pendirian kerajaan terhadap aksi dan tindak balas polis terhadap mahasiswa, tiba-tiba tanpa disangka ISMA sekali lagi muncul bagi menyelematkan Kerajaan yang hampir rosak. Mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan wajah dan imej kerajaan bukanlah satu langkah yang baik dan bijak bagi meraih simpati kerajaan terhadap ISMA.
 
Sistem AUKU yang cuba dipertahankan oleh ISMA pada hakikatnya telah menampakkan ISMA selama ini tidak bersama dengan Mahasiswa dalam menuntut kebebasan dan hak bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.  ISMA seharusnya bergerak mengikut arus dan meneliti sesuatu isu dengan sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang bakal menyakitkan hati para aktivis mahasiswa.

(gambar kiri : Sdr Firdaus yang dibuang pengajian) 
Prinsip ISMA sebenarnya telah lama dipertikaikan dan dipersoalkan. Dalam isu pembuangan pelajar Mesir dari pusat pengajian, ISMA sebenarnya tidak memberikan sebarang kerjasama dan bantuan dalam memperjuangkan nasib mangsa yang dizalimi oleh kedutaan dan Education Malaysia Egypt (E.M.E). Bahkan ISMA dilihat lebih memilih jalan yang selamat untuk menyelamatkan diri mereka dari di cop sebagai “pembangkang”.

ISMA pada hari ini tetap sama dengan ISMA seperti dulu. Dari dulu hingga kini sikap ISMA akan terus dipertikaikan andai ISMA hanya mampu menjadi “pengampu setia”dan “pengkritik murahan”yang mengharapkan bantuan dan belas ihsan dari pihak yang berkepentingan. 

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir