Sunday, January 15, 2012

P.R , “BE END” DAN ISMA

Konvensyen Pakatan Rakyat menunjukkan kehadiran rakyat yang begitu ramai. Rakyat semakin matang dan bijak dalam membezakan kebenaran dan kebatilan yang dibawa oleh UMNO dan BN. Sikap ini terbukti apabila rakyat semakin mengharapkan perubahan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat andai mendapat mandat daripada rakyat untuk memeritah Malaysia dalam PRU 13 nanti. Gelombang kebangkitan rakyat dalam menjahanamkan kezaliman dan menegakkan kebenaran dapat dirasai di seluruh dunia.


Pilihan Raya negara Mesir antara menjadi pemerhatian dunia luar. Kemenangan dalam pilihanraya baru-baru ini yang berpihak kepada Parti Hurriyah wal ‘Adalah adalah satu tamparan hebat buat seluruh parti pemerintah yang berada di seluruh dunia.  Malaysia pastinya tidak terlepas dari tempias kemenangan ini. Sikap UMNO dan BN sememangnya sama dengan sikap parti yang dipimpin oleh Presiden Mesir sebelum ini. Dasar yang kolot , isu rasuah dan penipuan antara faktor yang boleh dikaitkan sebagai faktor persamaan mereka.

Kemenangan Parti Hurriyah wal ‘Adalah juga sebenarnya menggambarkan pembawakan mereka yang mirip dengan Pakatan Rakyat. PAS mengamalkan tahalluf siasi dan membentuk pakatan bersama dengan DAP dan PKR. Manakala Ikhwanul Muslimin juga mengamalkan perkara yang sama dan membentuk Parti Hhurriyyah wal ‘Adalah. Konsep yang dibawa oleh PAS sebelum ini cukup tidak dipersetujui oleh UMNO dan ISMA. UMNO  menuduh PAS sebagai kuda tunggangan DAP dan menjual agama serta pelbagai tohmahan yang bersifat penghinaan.

ISMA juga antara “penyibuk” yang tidak terlepas dalam memberikan kenyataan kepada dasar tahalluf PAS.Mereka adalah NGO yang berkonsepkan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” pada awalnya juga kurang bersetuju  dengan ucapan dan komen yang mempertikaikan dasar PAS. Namun apabila Ikhwanul Muslimin mengamalkan dasar tahalluf yang sama dengan PAS, ISMA terus diam dan bisu dalam isu ini.Ini rasanya satu bukti yang cukup kuat bagi mengatakan ISMA bukanlah lahir dari tarbiyah Ikhwanul Muslimin.
(gambar kiri : Khairi di kanan, Gambar bawah kiri : Anuar di kiri, Gambar bawah kanan : Muhaimin di kiri)
Malaysia perlu diselamatkan. Kemenangan “Keadilan” dan kekalahan “Kezaliaman” sudah hampir. Hanya memerlukan sedikit masa, maka kemenangan tersebut akan lahir di Malaysia. Dan apa yang lebih pasti, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Malaysia, apakah nasib pegawai UMNO di Mesir. Khairi Jalalludin, Abdul Muhaimin Abdul Majid dan  Anuar Idris, bagaimana masa depan mereka ?? Apakah ‘habuan’dan ‘hadiah’ terakhir  kepada mereka sebelum kepulangan ke Malaysia ? Mungkin mahasiswa/wi Mesir sudah terbayang hadiah terakhir buat 3 sekawan tersebut.

Mungkin saat tersebut hanya kemaafan yang mereka harapkan dari mahasiswa atas kezaliman dan kehodohan telah mereka lakukan. Mungkin sedikit pesanan. Kalau banyak barang boleh la kemas awal-awal, takut nanti tak sempat nak kemas dah kena halau.


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir