Thursday, September 15, 2011

Bidasan Akmal Ali Kepada Faizal Sabon



1.    Saya menafikan sekeras-kerasnya "kenyataan penafian" dari Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal bin Sabhon seperti mana berikut:

"Tiada sebarang usaha untuk menubuhkan kelab UMNO Johor di Mesir dan sebarang usaha mengaitkan saya dgn isu tersebut adalah FITNAH.Ini adalah kerana,saya masih lagi TIDAK MEMPUNYAI STATUS AHLI KELAB UMNO bahkan berstatus AHLI YG TELAH DIPECAT."

Rujuk https://www.facebook.com/notes/mohd-faizal-sabhon/kenyataan-rasmi-saya-berhubung-isu-yg-dikaitkan-oleh-mediamesirblogspot/219353554786630

Perancangan tersebut berlaku, dan ianya berlaku di sebuah rumah salah seorang pegawai EME. Turut serta ialah beberapa orang pelajar dan pegawai HEP.

2.    Memang tiada sebarang  perebutan pelajar berlaku. Ianya hanya sedikit silap faham antara pegawai HEP Johor Ustaz Husni Tamrin bin Md Shariff yang mempertikai perkataan "BKPJM" pada repika kunci perasmian.

Sebagai  ahli BKPJM dan pernah memegang jawatan sebagai AJKT BKPJM selama dua penggal, kenyataan tidak berasas yang dipertikai oleh Pegawai HEP tersebut menunjukkan beliau tidak mahir dan tidak tahu kronologi penubuhan BKPJM di Mesir. Seterusnya berfikiran dangkal terhadap kerja-kerja kebajikan BKPJM.

Saya menjawab pertikaian Pegawai HEP tersebut dengan tenang, dan memberikan hujjah kewajaran hak berpersatuan. Namun setelah itu beliau memanggil Tuan Haji Maulan selaku penyelia Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin untuk bersama menjawab hujjah saya.

Tuan Hj Maulan terus meninggikan suara di depan saya dan khalayak untuk menafikan perkataan BKPJM di replika kunci tersebut. Kemudian mahukan perkataan itu diubah kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri.

Saya tetap terus dengan hujjah hak berpersatuan anak-anak Johor ini setelah sekian lama. Saya melihat sepatutnya tiada sebarang unsur provokatif yang perlu dipertikaikan oleh Pegawai HEP dan Penyelia Asrama. Keberadaan BKPJM di Mesir sebenarnya membantu tugas-tugas mereka di sini, bukan menambah masalah kepada para pelajar.

Untuk rekod, Tuan Haji Maulan sudah memulakan rekod yang buruk apabila merokok di primis-primis pelajar. Juga pernah menyuruh pelajar membelikan rokok untuknya.

Bagi rekod Pegawai HEP, beliau sudah mula mempertikai kerja-kerja AJKT, dan pelajar-pelajar Johor di Mesir.  Mempertikai kerja-kerja AJKT di depan ahli-ahli yang lain tanpa merujuk terus kepada AJKT yang bertanggungjawab. Hal ini sudah tidak menjadi rahsia lagi, kerana rata-rata ianya telah menjadi perbualan masyarakat pelajar-pelajar di sini.

Begitu juga dengan tindakan beliau BERTEGAS untuk tidak memberi kebenaran untuk menggunakan sebuah bilik di Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin, sedangkan ianya telah diminta oleh jawatankuasa sambutan mahasiswa baru, bagi penempatan mahasiswi baru yang baru sampai. Ini berikutan keadaan yang agak tidak selesa yang dihadapi oleh mahasiswi-mahasiswi baru.  

Bertegas tanpa diberi sebarang alasan munasabah, sedangkan belaiu merupakan pegawai HEP merupakan tindakan yang melanggar etika sebagai pegawai di sini. 

3.    Pihak BKPJM tidak pernah mempertikaikan aset-aset tesebut, bahkan menjadi perantara yang baik antara persatuan pelajar dengan pihak berwajib seperti Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri dan Yayasan Pelajaran Johor. Ini terbukti dengan rekod sekian lama BKPJM berada di bumi Mesir.
Bahkan usaha-usaha untuk mendapatkan bangunan tersebut pun lahirnya dari pimpinan dan ahli BKPJM dari awal penubuhannnya.

Saya minta pihak Ustaz Mohd Faizal bin Sabhon kaji selidik, sewaktu proses evakuasi anak-anak Johor di Mesir. Siapakah yang betul-betul  mempersiapkan rumah Johor suapaya selamat untuk ditinggalkan? BKPJM atau Kelab UMNO atau pihak Kedutaan?

Tiada sebarang panggilan dibuat oleh pihak kerajaan negeri untuk maklumat pelajar Johor ketika evakuasi. Sebab itu ketibaan pelajar-pelajar Johor di KLIA tidak disambut oleh kerajaan negeri. Bahkan kedengaran berita kurang manis dari pegawai-pegawai kerajaan negeri lain yang menyambut mereka.

4.    BKPJM sebenarnya layak mempersoal mereka yang hadir di majlis mereka. Kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Ini pernah berlaku kepada  BKAN-BKAN lain seperti Selangor dan Terengganu sebelum ini. Maka kejadian seperti ini diharap tidak berlaku lagi.

Saya merisaukan kedatangan pegawai EME seperti Khairi Jalaluddin ke rumah Johor kerana bimbang beliau melakukan aktiviti tidak bermoral seperti mengedar boring keahlian UMNO seperti berlaku sebelum ini. Kegiatan seperti ini sekaligus mencerminkan keadaan  buruk pegawai EME sekaligus memalukan pihak EME.

5.    Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyatan pegawai EME Khairi Jalaluddin, yang menyatakan kepada saya secara berdepan iaitu:

"ini tidak rasmi"

Kenyataan ini merujuk kepada perkataan BKPJM pada replika kunci perasmian.

Ini kerana pihak BKPJM pernah mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar khusus untuk mendapat sokongan ahli-ahli untuk berdaftar di bawah Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Sedangkan sehingga sekarang status pendaftaran itu masih samar kerana tiada sebarang sijil rasmi pendaftaran atau no pendaftaran. Adakah ini menunjukan juga bermasalah? Atau pegawai-pegawai di Kedutaan atau EME yang bermasalah?

6.    Kenyataan ini tiada sebarang unsur kepentingan peribadi, ianya khusus untuk kepetingan BKPJM di masa hadapan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan ini.

BKPJM = Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (Persatuan rasmi pelajar-pelajar Johor di Mesir dan berdaftar di bawah EME dan Kedutaan Malaysia di Mesir dan naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)

EME = Education Malaysia Egypt (Jabatan dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi)

p/s : apalagi Faizal Sabon, ade hujah ke?? dah la master tak abes-abes...

1 comments:

Malu dengan golongan ustaz yang tidak berakhlak.

Post a Comment

TV Media Mesir