Monday, September 12, 2011

PMRAM Tidak Setuju Dengan Paksaan KJ, ISMA Mesir Macam Mane Pula?



Kaherah, 11 September : Pihak PMRAM telah pun berjumpa dengan KJ bagi menyiasat dan mendapatkan penjelasan daripada KJ mengenai paksaan beliau ke atas mahasiswa supaya berdaftar untuk menyertai konvokesyen EME bagi mendapatkan pengesahan terjemahan sijil dan surat wakil daripada beliau.

Sumber daripada web rasmi PMRAM, perjumpaan tersebut dilakukan sekitar jam 10 pagi di ARMA.

Menurut mahasiswa/wi yang berada di luar pintu bilik pejabat KJ, suasana perbincangan agak tegang dan menyaksikan KJ di bidas oleh Presiden dan Bp Solehudin secara terang.

Menurut mahasiswa/wi, pintu bilik pejabat KJ tidak tertutup rapat menyebabkan mereka dapat mendengar secara jelas perbincangan antara PMRAM dan KJ.

Mereka mengatakan bahawa pihak PMRAM dengan nada yang tegas dan serius menolak dan mempertikaikan cara paksaan KJ yang semata-mata mahu meramaikan peserta Konvokesyen EME.

Hal ini demikian kerana KJ memang sudah tertekan dan terdesak apabila dikhabarkan pendaftaran Konvokesyen EME setakat ini tidak sampai 20 penyertaan.

Mahasiswa/wi di situ melaporkan bahawa muka KJ agak merah selepas selesai perbincangan dan beliau duduk termenung agak lama.

Sekarang kita menunggu respon daripada ISMA Mesir pula, bagaimana tindakan yang mereka akan ambil mengenai isu paksaan KJ ke atas mahasiswa.

Bukankah ia berbentuk zalim, jadi di mana tarbiyah dan dakwah ISMA Meir yang kononnya hebat dilaung-laungkan?

Atau ISMA Mesir sekadar berkokok atas nama Islam dan dakwah? 

p/s : Dah la isu mahasiswa sebelum ini, ISMA Mesir tidak bersama-sama, pastu pula nak cover imej dengan 'syantah' Ramadhan kononnya yang merapatkan ukhwah. Adakah hikmah secara mendiamkan diri atas kezaliman dan dakwah berbentuk 'syantah' merupakan method perjalanan ISMA Mesir?

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir