Monday, March 12, 2012

PENARIKAN PINJAMAN MAHASISWA TERENGGANU: KENYATAAN RASMI PMRAM


Melihat kepada isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku ke atas 9 mahasiswa Terengganu yang ditamatkan pinjaman oleh Yayasan Terengganu kerana terlibat dalam himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak Yayasan Terengganu adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

PMRAM bersimpati ke atas 9 mahasiswa Terengganu tersebut dan menganggap ia merupakan isu integriti mahasiswa yang dicabuli dan mesti dipertahankan oleh semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir terutamanya. Isu yang berlaku ini menunjukkan bahawa mahasiswa/wi Malaysia seolah-olah dikongkong oleh 'AUKU' secara tidak langsung kerana alasan penamatan pinjaman ke atas 9 mahasiswa Terengganu tersebut adalah tidak kukuh dan relevan.

Tindakan penamatan pinjaman yang diambil oleh Yayasan Terengganu hanya akan menimbulkan persoalan oleh masyarakat terhadap kredibiliti pengurusan Yayasan Terengganu. Hal ini demikian kerana, menamatkan pinjaman hanya akan menggelapkan masa depan mahasiswa dalam melanjutkan pengajian mereka terutama pengajian perubatan ekoran yuran yang tinggi. Secara kasarnya, PMRAM melihat tindakan ini merupakan ugutan oleh pihak-pihak tertentu dalam menyekat kebebasan mahasiswa dalam mencapai ke arah kematangan dan kebebasan bersuara.

Justeru, PMRAM mendesak agar Yayasan Terengganu agar menilai semula tindakan yang telah diambil serta menyambung semula pinjaman kepada sembilan mahasiswa Terengganu tersebut. PMRAM juga menyeru agar semua mahasiswa dan mahasiswi Islam Malaysia samada pengajian Islam dan perubatan agar bersama-sama dalam isu ini kerana ia merupakan kebersamaan kita atas dasar mahasiswa
Muhamad Zuhaili Saiman

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir