Friday, September 2, 2011

Kerja Kotor KJ : Duta Mungkin Mengalami Nasib Yang Sama

klik untuk gambar lebih jelas

2 September, Mohandisien - Duta Besar Malaysia Ke Kaherah Dato' Dr. Fakhrudin bin Abdul Mukhti mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan Pegawai KBMK En. Saiful Anuar Muhamad akibat membiarkan Pegawai Atase Pendidikan EME En. Khairi Jalaludin melaksanakan kerja-kerja politik kotor di Mesir.

Sepertimana laporan yang disediakan oleh En Khairi Jalaludin pada tahun lalu, beliau tidak memberi kerjasama yang baik pada pihak KBMK dengan memburukkan beberapa nama pegawai yang bertugas di bangunan Kedutaan Malaysia termasuk En. Saiful Anuar Muhamad.

Laporan tersebut dihantar demi menjatuhkan imej dan kreadibiliti pegawai-pegawai KBMK yang melaksanakan tugas dengan baik mengikut etika sebagai penjawat awam. Hal ini kerana pegawai yang mengikut etika kerja dianggap seolah-olah tidak sefahaman dengan pemikiran UMNO yang beliau cuba sebarkan.

Baru-baru ini Dato' Duta menghadiri majlis perasmian penutup IRHAM '11 yang dianjurkan oleh PMRAM di dataran. Sepertimana tahun 2010, En Saiful Anuar Muhamad menghadiri majlis perasmian KEKAL yang juga dianjurkan oleh PMRAM.

Laporan En. Khairi Jalaludin yang memburukkan imej En Saiful Anuar Muhamad kerana merasmikan program tersebut mungkin sekali lagi akan menimpa Dato' Duta kerana merasmikan program kemerdekaan. Selagimana En. Khairi Jalaludin berada di Mesir, selagi itulah KBMK dan EME tidak akan sefahaman.

Sebab itulah tidak hairan kenapa beberapa orang pegawai anak negeri kurang senang dengan En. Khairi Jalaludin yang sering berlakon baik bagaikan 'Boboi mendapat mainan yang baru'.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir