Pengerusi bagi mahasiswa Qiraat di Shoubra dan Mansurah menyatakan bantahan mereka terhadap paksaan KJ ke atas mahasiswa/wi Qiraat yang mesti berdaftar dengan Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan sijil.
Bantahan itu dibuat di laman rasmi DPM masing-masing (laman rasmi shoubra n laman rasmi mansurah) bagi menyatakan paksaan tersebut merupakan satu penganiayaan ke atas hak mahasiswa khususnya pengajian Qiraat.
Selain itu, pihak Media Mesir mendapat maklumat bahawa kedua-dua pengerusi tersebut beserta beberapa ahli telah pun pergi menemui KJ di pejabat beliau.
Perjumpaan tersebut adalah bagi menunjukkan bantahan mereka dan pendirian mereka yang mewakili mahasiswa di Shoubra dan Mansurah.
Seorang saksi mengatakan bahawa KJ kelihatan cuak dan kalut apabila 6 mahasiswa tersebut masuk ke bilik pejabatnya dan menyatakan bantahan.
Ternyata berlaku sedikit ketegangan apabila KJ terus ego dengan keputusan yang dilakukan iaitu memaksa mahasiswa/wi menyertai konvokesyen.
Hasil perjumpaan tersebut, maklumat yang dilaporkan, KJ akan meneruskan paksaan beliau.
0 comments:
Post a Comment