Wednesday, September 7, 2011

KJ Terdesak, Ugut Mahasiswa Sertai Konvokesyen



Kaherah, 7 September - KJ terus membuat hal lagi apabila laporan terbaru yang diterima, KJ mengugut mahasiswa/wi supaya berdaftar menyertai Konvokesyen EME.

Seorang mangsa memberitahu bahawa KJ tidak mahu menandatangi surat taukil dan menyuruh mahasiswa menyertai Konvokesyen sebagai syarat mendapat tanda tangan pengesahan daripada beliau.

Ini merupakan ugutan ekoran beliau terdesak apabila pendaftaran Konvokesyen EME kurang mendapat sambutan gara-gara imej kotor KJ di mata mahasiswa/wi Mesir.

Ugutan tersebut merupakan taktik beliau bagi mengembalikan imej beliau di peringkat EME dalam menjayakan  Konvokesyen EME.

Nampak sangat KJ tengah runsing dan terdesak mengenai Konvokesyen EME.

Konvokesyen EME mungkin dibatalkan disebabkan kurang pendaftaran kerana mahasiswa/wi tidak mahu berdaftar dengan ALASAN KJ MASIH BERADA DALAM KONVOKESYEN SEBAGAI TENAGA PELAKSANA.

Kepada mereka yang diugut, minta hantarkan aduan melalui link http://apps1.pcb.gov.my/eApps/bpaiaducmpl/AduCmplPublic/add.do?aplCode=ms..

Sekiranya Konvokesyen EME batal disebabkan kurang mendapat sambutan, sudah tentu KJ akan dipersalahkan dan mendapat malu besar!

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir