Sunday, September 4, 2011

Kes Alif Di Tanta, KJ Tidak Berani Mengangkat Panggilan Telifon



En Khairi Jalalludin yang kini semakin takut dengan bayang-bayang mahasiswa apabila setiap panggilan daripada pimpinan mahasiswa serta mangsa, beliau tidak menjawab.

Mengenai isu Saudara Alif, perubatan Tanta, dilaporkan Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq sudah berkali-kali menghubungi beliau, namun tiada jawapan balas yang diberikan.

Hal ini demikian, beliau semakin takut untuk berhadapan dengan mahasiswa apabila semakin banyak kes-kes yang beliau lakukan didedahkan mendapat perhatian ramai pihak.

Hasilnya, pada hari ini (4 September), adalah penentu bagi mangsa (Saudara Alif) samada beliau akan mengulang tahun pengajian sekiranya tidak dapat memasuki peperiksaan pada hari ini atau tidak.

Sehingga kini KJ masih lagi menggunakan alasan kehadiran ke kuliah tidak mencukupi 75 %.

Adakah ini kesalahan mangsa atau disebabkan sikap makan gaji buta oleh KJ yang tidak menyelesaikan masalah fail mangsa yang tidak sampai ke pihak universiti sejak bulan Mei yang lalu?

Apa yang pasti, KJ kini susah untuk menjawab sebarang panggilan telifon.

Atau beliau ada no telifon selain daripada no 0190051525?

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir