Monday, September 5, 2011

KJ Terus Menjadi Punca Mahasiswa Gagal Dalam Pengajian



Maklumat terbaru yang diterima pada hari hari, 5 September bahawa Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan, mahasiswa perubatan Tanta mengulang tahun akibat kegagalan KJ menguruskan fail Alif ke pihak universiti.

Disebabkan sikap sambil lewa KJ dalam menguruskan fail tersebut yang sepatutnya diselesaikan pada Mei yang lalu, Alif kini disahkan oleh pihak universiti bahawa beliau dikira gagal pada tahun ini dan terpaksa mengulang pengajian tahun 1 pada tahun depan.

Namun, sehingga kini KJ masih bersikap sambil lewa bahkan menyalahkan Alif mengenai kehadiran ke kuliah yang tidak sampai 75%.

Bagaimana kehadiran Alif dicatat sedangkan pngurusan fail pun bermasalah. Apabila pengurusan fail bermasalah, bagaimana nama Alif dicatat dalam kehadiran.

Apa yang pasti peringkat perubatan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah persatuan yang menjalankan menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Mungkin selepas ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi di Malaysia perlu membuat kajian mengenai peratusan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir yang gagal. Adakah disebabkan masalah pelajar yang tidak ke kuliah, tidak menguasai bahasa arab atau MASALAH SIKAP PEGAWAI SEPERTI KJ YANG MENYEBABKAN MAHASISWA GAGAL?

Ini merupakan satu bukti yang kukuh dan sejarah. Nama KJ terus terpahat sebagai punca kegagalan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Mungkin selepas KJ pulang ke Malaysia, peratus kejayaan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir akan meningkat.

1 comments:

Salam sejahtera.

masukkan aduan tuan-tuann kesini dan tindakan akan diambil segera kerana ia arahan dari kerajaan
kalau setakat blog pegawai kerajaan tak baca pun.
http://apps1.pcb.gov.my/eApps/bpaiaducmpl/AduCmplPublic/add.do?aplCode=ms. Kalau tak dapat masuk web Biro pengaduan Awam dan pergi kepada public complaint. Yang elok student yang kena tu report sendiri. Selamat mencuba.

Post a Comment

TV Media Mesir