Monday, September 5, 2011

Konvokesyen Bakal Terbatal Disebabkan KJ?



Konvokesyen EME nampaknya semakin senyap dan hambar, sedangkan tarikh tutup pendaftaran pada 15 September ini.

Bahkan pihak penganjur juga tidak berapa konfiden untuk melaksanakan apabila dilaporkan bahawa pelaksanaan konvokesyen bergantung kepada peserta. Sekiranya ada, akan dilaksanakan.Sekiranya sedikit, maka akan dibatalkan.
Jelas berbeza dengan pelaksanaan konvokesyen pada tahun-tahun yang lalu, yang menampakkan pihak penganjur begitu konfiden dalam melaksanakan.

Mungkin tahun ini disebabkan imej KJ yang sudah tercalar dan kotor di pandangan mahasiswa menyebabkan faktor utama konvokesyen nampak hambar.

Apa yang lebih mengecewakan mahasiswa apabila KJ dilantik sebagai pihak pendaftaran.

Patut la tidak ramai yang berdaftar! Disebabkan KJ rupanya.

Agak-agaknya kalau KJ tidak terlibat terus dengan konvokesyen, kemungkinan besar, mahasiswa akan berdaftar untuk menyertai konvokesyen.

Dah la KJ membawa imej kotor di pandangan mahasiswa, lebih teruk lagi, beberapa tenaga pelaksana di kalangan pegawai pun yang tidak berapa senang sehingga ada pegawai yang balik malaysia sebab salah satunya tidak mahu melaksanakan kerja konvokesyen, semata-mata KJ ada bersama.

Sekarang, terpulang kepada pihak penganjur samada mahukan KJ atau konvokesyen. 

KJ dibuang atau konvokesyen tepaksa batal disebabkan KJ.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir