Wednesday, September 14, 2011

KJ Dilihat Melawan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia



En Khairi Jalalludin @ KJ semakin hari dilihat melawan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.

Sebagai seorang penjawat awam atau pegawai yang dihantar bertugas bagi membantu urusan pelajar, siri-siri kes masalah yang dilakukan oleh KJ jelas melawan objektif KPT serta tujuan penghantaran pegawai ke Mesir khasnya.

Terbaru KJ memaksa mahasiswa/wi Mesir untuk menyertai Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan dan surat-surat lain.

Paksaan tersebut merupakan timdakan peribadi KJ yang beliau mengakuinya ketika pertemuan dengan pihak PMRAM pada 11 September yang lepas. 

Bahkan secara tidak langsung paksaan tersebut jelas menunjukkan bahawa KJ melawan KPT Malaysia yang mana jika dilihat konvokesyen di semua universiti di Malaysia merupakan suatu pilihan bukannya paksaan.

Bagaimana KJ boleh membuat tindakan sendiri tanpa perbincangan di peringkat EME dan jelas bertentangan dengan KPT Malaysia?

Tindakan-tindakan sebegini secara langsung mencalarkan imej EME di khalayak mahasiswa/wi Mesir serta menjatuhkan nama baik EME di hadapan Jabatan Penuntut Malaysia di negara-negara lain.

Sekaligus menjatuhkan nama baik KPT Malaysia di masyarakat Malaysia serta ibu bapa yang mempunyai anak di institut pengajian tinggi.

Bukan paksaan ini sahaja tindakan KJ yang melawan KPT Malaysia, bahkan sebelum ini juga telah didedahkan masalah-masalah yang dilakukan, antaranya : 

- membawa agenda parti politik di dalam gerak kerja selaku pegawai atase dengan menyebarkan borang Kelab UMNO.
- tidak menguruskan dengan baik berkenaan fail atau dokumen pelajar-pelajar terutama bidang perubatan dan qiraat sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat memasuki peperiksaan dan ada yang terpaksa mengulang tahun disebabkan kelewatan KJ menguruskan dokumen.
- melaksanakan sistem biokrasi ketika mahasiswa/wi mahu mendapatkan pengesahan.
- membuat kerja-kerja selaku agen UMNO dengan menghantar laporan-laporan ke peringkat UMNO Malaysia dengan menggunakan nama pegawai dan Kelab UMNO.

p/s : pasni mungkin KJ akan melawan kerajaan pula...

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir