Sunday, September 4, 2011

KJ Menagih Simpati Pada ISMA MESIR, Di Mana Kelab UMNO?



Kini giliran ISMA Mesir pula yang menjadi tempat En Khiari Jalalludin menagih simpati selepas mana beliau hampir-hampir dipulaukan oleh semua pihak termasuklah pegawai-pegawai ekoran sikap kejam beliau yang 'tikam belakang' telah pun terkantoi.

Beliau menyambut hari raya dengan penuh gembira di pejabat ISMA Mesir, selepas mana tidak berani turun ke muhafazah ekoran selepas di 'toucher' di mansurah. begitu juga dengan rumah-rumah negeri apabila beliau sahaja tidak diundang berbanding pegawai-pegawai yang lain.

Bahkan di beberapa rumah negeri, kehadiran beliau bagaikan tiada apabila tidak disambut sebagaimana VIP seperti pegawai-pegawai yang lain.

Beliau hanya makan bersama isteri dan anak-anak beliau sahaja, tanpa dipedulikan oleh pihak lain.

Kini beliau beralih arah menagih simpati kepada ISMA Mesir, apabila melihat ISMA Mesir yang tidak bersama-sama dengan isu mahasiswa yang berlaku baru-baru ini ada peluang untuk beliau mencari sinar baru.

Di mana Kelab UMNO ? Adakah Kelab UMNO juga memboikot beliau disebabkan malu dengan kerja-kerja kantoi KJ ??

Bukankah sebelum ini KJ membersihkan pejabat Kelab UMNO dengan vacum (walaupun tidak pasang wayar)?

Adakah KJ benar-benar dirasai oleh pihak Kelab UMNO sebagai liabiliti kepada nama UMNO baik di Malaysia mahupun di Mesir?

p/s : kepada Kelab UMNO, sekiranya ada jemputan rumah terbuka aidilfitri, jemputlah KJ, kesian kat dia yang kini sedang menagih simpati pada ISMA Mesir...

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir