Friday, September 2, 2011

Kehadiran KJ Selaku Penyiasat Tidak Disenangi Beberapa Pegawai Negeri


1 September, Kaherah - Kehadiran Pegawai Atase Pendidikan EME En. Khairi Jalaludin ke rumah-rumah negeri bagi memenuhi jemputan rumah terbuka Aidilfitri tidak senangi oleh beberapa orang pegawai rumah negeri.

Menurut salah seorang mahasiswa yang tidak mahu namanya dikenali, kelihatan riak muka beberapa orang pegawai negeri yang kurang menyenangkan ketika En. Khairi Jalaludin bertandang menghadiri jemputan rumah terbuka tersebut.

Katanya, ligat En Khairi Jalaludin pula bersembang dan bertegur sapa dengan mahasiswa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini walaupun beliau menyedari kehadiran beliau disambut dingin oleh mahasiswa.

Mungkin juga berlakon untuk mendapatkan beberapa maklumat bagi bagi merancang strategi mengUMNOkan mahasiswa-mahasiswi di Mesir sepertimana yang didedahkan oleh facebook KJ Bocor Fun Club.

Katanya lagi, beliau juga sering bertanya tentang program-program PMRAM serta BKAN yang dijalankan ketika bulan Ramadhan akibat kagum dengan kerjasama yang dijalinkan dengan NGO yang besar di Malaysia seperti Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini.

Selain itu, En Khairi juga dilihat mengubah rentak bagi mendapatkan maklumat ekoran malu dan terkantoi dengan kehadiran beliau ke program IRHAM '11 secara senyap-senyap.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir