Thursday, November 10, 2011



AIDIL ADHA UMNO : PENGARAH E.M PERLU BERTEGAS ATAU HILANG KEPERCAYAAN

9 November 2011-Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial FB berkaitan dengan pegawai paling bermasalah Khairi Jalalludin bersama dengan Kelab UMNO Mesir di Mansurah. Rasanya sudah sampai masa Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei perlu bertegas dengan sikap dan tingkah laku pegawai beliau yang cukup keterlaluan.
(Gambar Muhaimin di sebelah kiri)
  

Kalau diperhatikan gambar yang disebarkan, terdapat logo negeri perak.Pasti ramai pihak mengatakan keterlibatan Abdul Muhaimin, pegawai perak yang selama ini menjadi pengampu setia kepada Khairi.

Keterlibatan para pegawai dengan kelab politik perlu diambil tindakan tegas. Sekiranya Education Malayisa Egypt(EM)  mahu menjaga imej dan maruah mereka, maka sewajarnya Khairi dibuang terus dari E.M.Isu ini pastinya memberi tekanan dan desakan kuat bagi pengarah E.M agar mengubah sikap dan gerak kerja beliau selama ini.

Khairi dilihat mahu mencetuskan semula api permusuhan antara mahasiswa/wi Mesir dengan E.M.Secara pasti, sekiranya api permusuhan ini dinyalakan buat kali kedua, maka E.M pasti TERUS  “terkubur” dan hanya akan meninggalkan “nisan” yang dikenang sebagai musuh utama dalam sejarah mahasiswa/wi Mesir.


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir