4 November 2011 - Tahniah dan syabas diucapkan buat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) atas penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMRAM yang berlangsung di Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Center (ACC) pada 2 November lalu. Majlis tersebut dianjurkan bagi meraikan kejayaan para mahasiswa/wi dan graduan/ita Malaysia yang belajar di Mesir.
Menurut sumber, majlis kali ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran para Ulama’ Al-Azhar. Majlis ini berlangsung dalam keadaan sejarah hitam PMRAM dan ACC belum dipadamkan oleh pihak Education Malaysia (EM).
Umum mengetahui EM yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) melalui pengarah, Prof Dr Jamil bin Hashim (gambar sebelah) telah menandatangani satu surat ditujukan kepada pihak ACC menuduh PMRAM dengan tuduhan yang tidak berasas. Namun sehingga kini masih tiada petanda yang menunjukkan usaha pihak E.M untuk membersihkan isu tersebut.
Walaupun halangan dan pelbagai sekatan yang diberikan oleh pihak E.M terhadap mahasiswa/wi Mesir bagi menyekat pergerakan mereka, namun usaha tersebut bagaikan sia-sia. Mungkin E.M perlu menerima perubahan corak dan iklim politik sekarang yang mendesak ke arah keterbukaan dan kebebasan. E.M juga sewajarnya bertindak lebih professional dan realistik dalam menangani sesuatu masalah dan isu yang melibatkan mahasiswa.
0 comments:
Post a Comment