Thursday, November 10, 2011

PEGAWAI PERAK TAK HORMAT KEDUTAAN

7 November 2011 – Isu etika dan sikap kurang sopan pegawai Perak, Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid (dalam gambar di sebelah kiri sekali) sekali lagi ditimbulkan. Tindakan beliau yang tidak menghadiri Majlis Kecemerlangan anak-anak Perak Mesir yang turut dirasmikan oleh Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) En Shaiful Anuar telah memberi gambaran seolah-olah beliau tiada hormat terhadap pihak KBMK.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, beliau tidak hadir ke majlis tersebut tanpa sebarang alasan tugas rasmi  bahkan semasa majlis berlangsung di dewan tingkat 6 wisma Perak lama, beliau dikatakan hanya berada di rumah pegawai yang hanya di tingkat satu dalam wisma yang sama. Menurut sumber, majlis pada malam tersebut turut tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada pihak pegawai Perak.

Tindakan bodoh dan biadab oleh pegawai Perak bukanlah isu baru. Bahkan sebelum ini beliau diantara pegawai yang pernah mengugut menarik zakat pelajar yang menentang beliau dan bertindak ala samseng jalanan apabila mengugut untuk memukul seorang pelajar yang dikatakan menegur kelakuan buruk beliau.

Siri-siri kelakuan buruk dan hodoh para pegawai yang di hantar ke Mesir tidak pernah menunjukkan kesudahan. Pihak Kedutaan seharusnya lebih bertegas dalam menangani isu ini.Tindakan ini menggambarkan kedudukan KBMK yang tiada nilai dan bertaraf rendah pada pandangan Muhaimin.
 

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir