Wednesday, November 2, 2011

AUKU : TIMBALAN MENTERI SOKONG, UMNO BANTAH


Pendirian jelas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah terhadap isu AUKU amat mengejutkan ramai pihak. Di saat kekalutan kerajaan dan para pemimpin UMNO merancang untuk menghalang gerakan mahasiswa, tiba-tiba beliau muncul mempertahankan kebebasan dan hak mahasiswa untuk bersuara.

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.

Katanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno

Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isusebelum ini.
Sumber : http://malaysiakini.com/news/180245

Kenyataan beliau seolah-olah isyarat yang cukup jelas bagi semua pemimpin UMNO supaya ebih bersikap terbuka dalam semua tindakan. Kenyataan beliau juga satu tamparan yang cukup hebat bagi para pegawai UMNO di Mesir supaya lebih professional dalam isu hak mahasiswa.

Andai dilihat daripada kenyataan media beliau, pastinya ramai pihak bersetuju bahawa UMNO sudah cukup takut dengan kesedaran dan kebangkitan mahasiswa.Usaha beliau membentangkan isu pindaan AUKU dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pastinya memberi gambaran jelas siapa yang sebenarnya dalang menghancurkan anak bangsa sendiri.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir