15 November 2011- Artikel di laman web ISMA Mesir yang menjelaskan kewujudan I-Medic sebagai platform baru untuk pelajar perubatan di Mesir dilihat sebagai ejen perpecahan kesatuan di kalangan pelajar perubatan. Di saat pihak persatuan yang sedia ada berhempas pulas mempertahankan kesatuan ahli, tiba-tiba muncul sekelompok kumpulan yang turut mendakwa kewujudan mereka sebagai ejen kesatuan.
ISMA memang sinonim sebagai pengacau dan penyibuk di mana-mana tempat.Bahkan kewujudan mereka juga dilihat sebagai ejen kepada UMNO dan lebih menumpukan dakwah kepada sekelompok masyarakat yang tertentu.
Pastinya kewujudan ISMA dan I-Medic amat menggembirakan musuh Islam.Mereka sudah sekian lama mengharapkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam, bahkan usaha dan gerak kerja ISMA pastinya perkara yang sememangnya diharapkan oleh musuh Islam.
(gambar : Khairi UMNO di program ISMA Mesir)
ISMA seolah-olah tidak meraikan kewujudan persatuan-persatuan yang telah sedia ada dan merasakan keperluan keberadaan mereka di semua tempat dan kawasan. Sikap seperti ini memberi gambaran bahawa mereka sebenarnya ingin memperjuangkan ISMA dan bukan memperjuangkan ISLAM.
Apa yang diharapkan ialah kesedaran dan kefahaman semua mahasiswa untuk bersatu mempertahankan kesatuan yang telah sedia ada. Hanya dengan kefahaman yang jelas dan betul mampu menjadikan kita sebagai mahasiswa yang cemerlang dan di hormati.
2 comments:
apa main tuduh2 macam ni? tak reti bersatu ke? kahkahkah patut la ramai freshies suka merungut pasal persatuan.. rupanya sebab ni la..
ISMA terus difitnah..yeah!!..syabas!!...
Post a Comment