Tuesday, November 1, 2011

KEJAYAAN MAJLIS K.6, BAHAYA EME


Sekalung tahniah buat pimpinan mahasiswa/wi Mesir atas penganjuran bacaan hadis bersama para ulama’ Al-Azhar. Program yang pernah mencatatkan sejarah hitam buat  Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang usaha sabotaj dari pihak luar.

Program Kutub Sittah (K.6) siri 3, mencatatkan kehadiran yang begitu ramai,pastinya mencalarkan imej UMNO yang ditugaskan untuk mengkuburkan PMRAM di Mesir. Mungkin seribu kekusutan sedang melanda Kelab UMNO Mesir untuk membuat perancangan semula setelah segala perancangan mereka didedahkan oleh FB KJ BOCOR.

Education Malaysia Egypt (EME) yang dipimpin oleh Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei, juga perlu berwaspada. Ini berikutan pendedahan yang membuktikan tindakan Khairi Jalalludin, mengadu domba terhadap tindakan para pegawai  yang tidak menguntungkan UMNO Mesir. Pastinya, kejayaan program K.6 tanpa sebarang halangan dari EM membuatkan UMNO Mesir tidak senang duduk.

Persoalan yang pasti timbul, apakah mungkin Khairi Jalalludin (KJ) akan membuat tindakan yang sama ? Atau apakah Khairi Jalalludin sudah mampu bersikap professional ? Jawapannya akan kita nantikan bersama….


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir