14 November 2011 – Anwar Bin Idris, Pegawai Melaka sekali lagi bertindak keterlaluan. Membuang anak yang berjasa, memungut “anak jahat dan kurap”. Tindakan beliau menganjurkan program Aidiladha dengan kerjasama UMNO dan membiarkan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) menumpang rumah Kedah sebagai tempat program Aidiladha amat dikesalkan.
Ramai pihak pasti tidak janggal dengan sikap biadab beliau. Penghinaan beliau terhadap Kedutaan Malaysia tidak akan dilupakan.Dengan UMNO, beliau berasa lebih selesa dan besar kepala untuk melakukan segala perkara dan perbuatan tanpa mengira etika dan disiplin kerja.
Sekali lagi tindakan dari pihak Kedutaan Malaysia diharapkan bagi menyelesaikan isu penglibatan pegawai dengan politik.Tindakan yang tegas pastinya mengembalikan imej bersih Kedutaan Malaysia dan di pandang tinggi. Semua warga Malaysia di Mesir amat mengharapkan perubahan dan tranformasi yang lebih baik dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
0 comments:
Post a Comment