Monday, November 14, 2011

URUSAN JENAZAH ANAK PERAK MESIR..MANA MUHAIMIN ??


14 November 2011 – Anak perak di Mesir dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Fareez Izhar Bin Zainuddin. Kematian arwah dilaporkan pada hari Jumaat, 11 November. Kejadian berlaku ketika beliau berada di kawasan Ismailliyyah. Punca dan sebab kematian masih belum dijelaskan.

Pihak persatuan anak perak yang mewakili keluarga arwah bersama dengan PMRAM dan Kedutaan Malaysia turun membantu bagi menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan jenazah.Namun, perkara yang amat dikesali ialah ketiadaan pegawai Perak, Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid kerana dikatakan pulang ke Malaysia.Lebih malang, kepulangan beliau tidak dimaklumkan secara rasmi kepada pihak persatuan.

(gambar : Muhaimin di tengah)

Kejadian ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada pegawai perak.Kepulangan tanpa makluman kepada pihak persatuan sepatutnya tidak berlaku.Hal ini membuktikan, sikap beliau yang tidak jujur dan tiada kerjasama yang baik antara beliau dengan pihak persatuan.

Kehadiran serta kewujudan pegawai di rumah-rumah negeri sewajarnya membawa kebaikan dan kemudahan bagi semua pelajar dan persatuan.Tapi apa yang malang perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi amalan para pegawai.Sikap mahu menjatuhkan persatuan dan memburukkan serta memecahkan kesatuan ahli di Mesir seolah-olah menjadi tujuan utama penghantaran pegawai-pegawai negeri ke Mesir.

Pihak Kedutaan Malaysia perlu campur tangan dalam pemilihan pegawai negeri. Sebagai wakil yang di amanahkan untuk memantau keadaan rakyat Malaysia, mereka perlu memastikan penghantaran pegawai-pegawai negeri membawa manfaat dan faedah kepada rakyat Malaysia di Mesir.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir