Thursday, November 17, 2011

ISMA PERLU SEDAR KESILAPAN MEREKA


17 November 2011 – Slogan ISMA “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” telah menzahirkan pembawakan mereka mirip kepada UMNO. Mengangkat keris sebagai simbolik, menjadi sebab mengapa ISMA dikatakan sebagai kolot dan sempit.

Menteri Besar Kelantan, Tn. Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit. Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

“Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina.  Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Pastinya kenyataan seperti ini menyedarkan ISMA dan para ahlinya agar lebih mendalami makna sebenar dakwah serta perjuangan Islam. Menubuhkan jemaah baru bukanlah penyelesaian bahkan menambahkan kekusutan dalam gerak kerja dakwah. Bahkan apa yang lebih malang ISMA dilihat lebih “mesra dan harmoni” bersama parti politik sekular Malaysia, UMNO.

UMNO juga wajib menyedari bahawa perjuangan mereka telah ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.Pengamalan serta taktik politik  yang jijik menjadikan mereka sebagai parti yang sedang menuju kearah kemusnahan dan kehancuran.Golongan agamawan yang terdapat di dalam UMNO juga perlu lebih terbuka dan keras dalam menegur pemimpin UMNO yang semakin hari dilihat menjadikan agama sebagai alat.

Kesimpulannya, UMNO dan ISMA perlu dihapuskan dan dihancurkan. Selagi mereka menjadikan bangsa sebagai agenda perjuangan, maka selagi itulah mereka akan dipandang sesat dan sempit. 

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir