Wednesday, November 2, 2011

MAHASISWA “TEWASKAN” AUKU, APA CERITA KES FIRDAUS MAZLAN ??



Sorakan gembira dan laungan takbir pastinya bergema di jiwa para mahasiswa/wi  Malaysia.Keberjayaan 4 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia mencabar “akta bodoh” dilihat kemenangan yang cukup bermakna.

Tapi malangnya, kemenangan tersebut seolah-olah tidak dinikmati oleh mahasiswa/wi mesir yang dilihat masih menanti perkembangan kes penuntut Institut Fatwa Mesir, Saudara Firdaus Mazlan @ us. Alang yang dibuang gara-gara menganjurkan perhimpunana Bersih 2.0 Mesir.

Kata-kata manis yang ditaburkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bagi menyelesaikan kes ini bagai tiada penghujung. Pertemuan demi pertemuan yang dijalankan oleh pihak persatuan pelajar Mesir  seolah-olah tiada hasilnya.

Jika dilihat situasi kes ini, pihak berwajib seolah-olah membiarkan kes ini tanpa kata putus dan usaha. Seumpama ada pihak luar yang menekan dan mengatur perjalanan kes ini agar tiada penyelesaiannya.
Persoalan yang timbul, apakah UMNO Mesir adalah dalang di sebalik kes in ??

Andai dilihat dari maklumat yang dibocorkan oleh FB KJ Bocor, pastinya semua pihak bersepakat dan bersetuju bahawa dalang dan pengkianat yang selama ini memusnahkan anak bangsa sendiri di Mesir adalah Kelab UMNO. Dan individu yang cukup popular dalam kegiatan jahat ini ialah Khairi Jalalludin KJ!!

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir