Saturday, January 7, 2012

901.. APA PERANCANGAN MAHASISWA MESIR ?


9 januari 2012 @ 901 semakin panas dibincangkan di Malaysia. Apa yang pasti hari tersebut bakal menentukan masa depan imej kehakiman negara di bawah pentadbiran Najib Razak dan Rosmah Mansur. Para pemimpin Pakatan Rakyat pastinya telah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada hari tersebut. Apa pun keputusan yang dibuat, pastinya rakyat tidakakan sama sekali membiarkan UMNO terus menghancurkan negara dan menjual negara kepada orang asing.

Kehangatan isu 901 turut sama dirasai oleh para pelajar yang berada di Mesir. Moga-moga kehangatan ini akan disambut baik oleh pihak Suara Gerakan Rakyat (SUARA) dengan menganjurkan satu perhimpunan atau program yang menunjukkan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menentang kezaliman dan pemimpin korup UMNO.

Mungkin isu pembuangan saudara Firdaus Madzlan akan menjadi pertimbangan mereka. Tapi apa yang pasti sekiranya pembuangan tersebut berulang dan berlaku terhadap mahasiswa yang lain, pastinya ramai sudah dapat menyangka dan meneka siapakah tali barut dalam perancangan tersebut. Nama-nama pegawai E.M dan Kedutaan yang selama ini terlibat dalam tindakan zalim dan kejam terhadap saudara Firdaus Madzlan rasanya masih di dalam kotak ingatan kita semua.

Jika saya turun Himpunan 901 kelak, saya bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan UMNO dan BN bahawa rakyat menolak car pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah. Menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya. Ini adalah satu kezaliman dan penginayaan. Tidak baik membiarkan pemerintahan begini mengurus negara dan rakyatnya. Kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ini ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Apa yang pasti tujuan dan  matlamat kita perlu jelas dalam isu 901. Kita sokong  bukan kerana Anwar dan bukan untuk Anwar tapi yang pasti tujuan kita adalah untuk menyatakan prinsip dan menyampaikan mesej kepada UMNO dan BN bahawa rakyat yang bertamadun dan Mahasiswa yang celik tidak akan buta dan bisu terhadap kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan.

p/s : Isu 901 pastinya ISMA sekali lagi mencari jalan selamat.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir