Monday, April 9, 2012

"HUBUNGAN SULIT" ISMA DENGAN UMNO DAN JATI..APA KOMEN ANDA ?

 Macam-macam usaha dan cara ISMA  lakukan bagi mempertahankan bahawa ISMA bukanlah UMNO, dan UMNO bukanlah ISMA. Tapi kalau kita lihat dan kaji isu yang berlaku serta tindakan ISMA yang cukup gentar dan takut bila berhadapan dengan UMNO adalah bukti bahawa ISMA sebenarnya sujud menyembah menjilat kezaliman dan kekuasaan UMNO.


Usaha Presiden ISMA Malaysia yang menyokong penubuhan JATI sebenarnya lebih menggambarkan bahawa ISMA bukanlah Ikhwanul Muslimin di Malaysia ataupun Jemaah yang memperjuangkan Islam secara syumul kerana ISMA tidak menghormati PAS yang telah memecat Datuk Dr Hasan Ali dan PAS tidak pernah mengiktiraf penubuhan  JATI.

Bahkan kalau dikaji, penubuhan jati sebenarnya hanyalah perancangan yang dibuat oleh sekumpulan UMNO bagi merosakkan imej islam yang dibawa oleh PAS. Kebodohan Presiden ISMA yang menyokong penubuhan JATI akan lebih melambatkan penyebaran Islam di Malaysia.
Islam di Malaysia yang bermazhabkan UMNO perlu dihapuskan secara penuh, tetapi ISMA dilihat menyokong Islam disebarkan berpandukan mazhab dan ijtihad UMNO. Sungguh bodoh ISMA ini….


(Soalan kepada Presiden ISMA)
“Usaha penubuhan Jalur Tiga (Jati) adalah usaha memelihara kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja di Malaysia. Apakah kemunculan Jati boleh menjadi faktor mempersatu umat secara jangka panjang?

Kemunculan Jati adalah suatu yang tepat pada waktunya, di waktu mana rata-rata umat Islam dan orang Melayu merasa terancam dan tergugat kedudukan mereka. Ia akan mengisi inspirasi orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya untuk memastikan kepentingan mereka tidak terancam disebabkan kerakusan pertembungan politik yang berlaku di tanah air. Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah tiga komponen teras yang menjadi asas kepada pembentukan Perlem bagaan Malaysia.

Isu IMR ini adalah merupakan isu paksi di mana kontrak sosial dalam konteks hubungan antara kaum di Malaysia ini digubal. Islam dengan kedudukannya, Melayu dengan hak-haknya dan institusi Raja dengan peranannya. Haruslah dijunjung dan dihormati oleh semua kaum yang ingin tinggal di negara ini.

Apabila akhir-akhir ini, terdapat usaha dari luar dan dalam yang ingin mencabar dan menggugat tiga perkara ini, ia tentunya menyentuh jantung hati umat Islam khususnya orang Melayu keseluruhannya. IMR adalah noktah perkongsian yang merangkumi kepentingan orang Melayu dan umat Islam seluruhnya. Dengan menjadikan tiga perkara ini sebagai asas atau landasan perjuangan, in akan menjadi unsur penyatuan kepada seluruh umat.

Sumber: Utusan Malaysia, 6 Mac 2012”


5 comments:

Sedare,slogan 'melayu sepakat islam berdaulat' akn disalah ertikan klu tgk pd slogan je..fitnah mmg berterusan pada jemaah ISMA..ape kate sedare sndri join pe pgram yg ISMA wat..tgk pe pngisian dan prjuangan sebenar..jgn nilai org or sesuatu jemaah hnya pada surat khabar,crita org2 lame,statement,surat kabar,blog,twitter,slogan, logo,baju,seluar,kain pelikat,kain batik,rupa paras dan sebagainya..cbe pegi bbrp pgram yg dianjurkan..buka hati n fkiran..jgn trus kait ngn UMNO..dh ikut pgram bru nilai sndri sblum wat or kuar pape statement..ingt dosa fitnah bro..sedare lg taukn sbb sedare plajar azhar..ni internet,1 dunia leh tgk n klu de yg prcya dgn kate2 sedare n sebar bnde yg blom pasti kt org ramai,maka fikir2kan saham di akhirat...~salam berlapang dada n cium tgn ibu bapa~..

jangan memburukkan orang lain untuk menampakkan kita yang paling baik dan paling benar....biarlah kebaikan kita terserlah dengan kelakuan baik yang kita lakukan.Tengok utz Zahazan pernah dia kutuk orang lain ...semua jemputan ceramah dia penuhi samaada pembangkang mahupun di pihak kerajaan.Umno perlu di tarbiah dan pas Juga perlu ditarbiah...

ingat! sekiranya perkara ini tak benar, dan selagi artikel ini berada di internet, serta dibaca oleh org ramai, selagi itu lah anda menanggung dosa..

wallahua'lam..

Halo,
nama saya ialah Siti Aminah dari Indonesia, saya cadangkan semua orang di sini harus berhati-hati, kerana terdapat banyak peminjam pinjaman palsu di internet, tetapi mereka masih yang sebenar dalam syarikat pinjaman palsu. Saya telah ditipu oleh 4 peminjam pinjaman yang berbeza, saya kehilangan banyak wang kerana saya sedang mencari pinjaman dari syarikat mereka. Saya hampir mati dalam proses kerana saya telah ditangkap oleh orang kerana berada dalam hutang.

Saya hampir berputus asa sehingga saya meminta nasihat rakan yang memperkenalkan saya kepada peminjam pinjaman asal dan syarikat yang sangat handal iaitu Ibu Alicia Radu yang mendapat pinjaman saya 800 juta rupiah Indonesia dalam Kurang dari 24 jam Tanpa tekanan dan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%. Saya sangat terkejut apabila memeriksa akaun bank saya dan mendapati jumlah pinjaman yang saya minta telah dipindahkan ke akaun bank saya tanpa sebarang kelewatan atau kekecewaan jadi saya berjanji bahawa saya akan berkongsi berita baik supaya orang dapat mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan dari Ibu Alicia Radu

Saya mahu anda mempercayai Ibu Alicia Radu dengan sepenuh hati kerana dia sangat membantu dalam hidup saya dan kehidupan kewangan saya. Anda harus menganggap diri anda sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk membaca kesaksian ini hari ini. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi ibu Alicia Radu melalui e-mel: (aliciaradu260@gmail.com)
Anda juga boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: (sitiaminah6749@gmail.com) jika anda memerlukan maklumat mengenai bagaimana saya mendapatkan pinjaman saya dari Ibu Alicia Radu, anda sangat bebas untuk menghubungi saya dan saya dengan senang hati akan menjawab anda kerana anda juga boleh membantu yang lain selepas anda menerima pinjaman anda.

Dearest Esteems,

We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator

Post a Comment

TV Media Mesir