Sunday, April 15, 2012

ISMA DAN JATI ADALAH "SENJATA SULIT" UMNO


ISMA yang sebelum ini menyokong penuh penubuhan JATI, bahkan dengan penuh angkuh menyatakan bahawa penubuhan JATI adalah tepat pada masanya. Semua pihak harus menilai semula kewujudan ISMA yang tidak meberikan apa-apa sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara Malaysia. Bahkan penubuhan ISMA dilihat lebih menambahkan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia.

Kenyataan JATI yang tidak mebenarkan rakyat untuk meberi undi kepada PR dilihat sebagai bukti yang jelas bahawa JATI adalah ejen UMNO. JATIyang turut disokong penuh oleh ISMA  juga adalah bukti bahawa ISMA adalah alat untuk UMNO terus hidup di muka bumi.

ISMA tidak boleh membisukan mulut lagi dalam soal ini.Memang sudah jelas bahawa ISMA meberi “sokongan sulit” kepada UMNO agar menjadi terus menjadi mesin penyambung hayat kepada UMNO.


Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meneruskan program jelajahnya ke utara Semenanjung sambil menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) – yang dianggotai DAP, PKR dan Pas – pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu.

Hasan berkata tiada apa yang boleh diharapkan daripada DAP dalam memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Begitu juga PKR apabila ketua umumnya sendiri tidak menyokong pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud.

"Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas.

"Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas," kata beliau sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, malam tadi.

Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada.

"Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dalam pada itu, Hasan turut memaklumkan akan menubuhkan Jati di Kedah dan negeri lain termasuk Pulau Pinang.- Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir