Monday, April 2, 2012

YAYASAN TERENGGANU MACAM BINATANG KERANA MB ''SAYANG" BINATANG

                                                                    Zoo dapat puluhan juta ringgit, pelajar...

Ramai kalangan telah melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang bertindak membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi ‘BERSIH' di Kota Kairo pada tahun lepas. 


Tindakan ini dilihat sebagai ‘tidak matang’ dan lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu sendiri.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan adalah kerana keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam himpunan demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan Terengganu telah meneliti dan selepas mengambil kira penglibatan mereka yang secara jelas telah dikatakan melanggar peraturan dan perjanjian pinjaman dengan kerajaan Terengganu di bawah Fasa 1 perjanjian iaitu;

(a) “mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat Lembaga adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan.”

Apa yang lebih pelik lagi apabila Ahmad Said berhujah bahawa tindakan pelajar yang terbabit dengan himpunan BERSIH itu sebagai ‘kegiatan yang tidak bermoral’ yang hingga akhirnya akan merugikan diri mereka sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan terlibat dalam himpunan BERSIH. Beliau selanjutnya dilaporkan berkata; “Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku”.

Bagi saya tindakan yang di ambil oleh kepimpinan Ahmad Said ini menyerlahkan lagi sifat beliau sebagai seorang Menteri Besar yang ‘kurang cerdik’, dan ‘kebudak-budakkan’ serta tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah yang baik. Tindakan ini juga jelas menyerlahkan sifat beliau yang terkenal dengan amalan politik dendam dan tidak selari dengan suara Mahasiswa dan anak muda yang mahukan perubahan.

Persoalannya,  Apakah Ahmad Said tahu apakah tujuan dan matlamat sebenar Himpunan BERSIH  2 itu? Ia adalah tuntutan dan suara rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bagi mendapatkan hak mereka bagi mereformasikan sistem  pilihanraya dan demokrasi yang ‘tempang dan pincang’ agar ianya telus dan adil di negara kita. Ia juga adalah merupakan suara rakyat yang cintakan keadilan dan mahu kepada pembenterasan segala bentuk salahguna kuasa dan rasuah dalam negara kita. Apakah ini merupakan satu ‘kegiatan yang tidak bermoral’ yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut seperti tanggapan ‘cetek’ Ahmad Said?

Begitu juga dengan tuntutan media yang bebas dan adil. Sebagai contohnya, negara Myanmar yang di perintah oleh junta tentera kini telah membuka sedikit demi sedikit ruang kebebasan dalam bidang media. Semua parti dan ahli politik termasuk pembangkang kini mendapat layanan yang lebih baik dalam memaparkan aktiviti, menyampai pandangan, dan melapurkan  manifesto  masing-masing di akhbar, radio dan TV. 

Namun yang jelas di negara kita,  media arus perdana terus dikongkong walaupun kita telah merdeka lebih 50 tahun. Hak media arus perdana seolah-olah menjadi milik eksklusif kerajaan Umno/BN semata-mata. Rakyat semahu-mahunya terus ‘diperbodohkan’. 

Apa salahnya tuntutan rakyat mendapat akses media dengan adil dan bebas ini? Intipati dalam mana-mana amalan demokrasi ialah keadilan kepada rakyat mendapat maklumat dan memberi maklumat. Apakah tuntutan media yang bebas dan adil dari mahasiswa ini juga merupakan satu lagi ‘kegiatan yang tidak bermoral’ seperti tanggapan ‘cetek’ Ahmad Said?

Apakah Ahmad Said tidak peka bahawa selain dari ratusan ribu yang telah berhimpun di Kuala Lumpur, dalam himpunan aman Bersih 2.0. pada tahun lepas ia juga turut juga di sertai oleh ribuan pelajar-pelajar Malaysia di serata dunia termasuk di Kota London, Paris, New York, Melbourne, Hong Kong, Dubai, Qatar dan Jakarta. 

Saya yakin pelajar-pelajar ini semuanya berhimpun  dengan memakai baju kuning BERSIH hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti adalah suci dan bersih dari segala kekotoran penyelewengan, salahguna kuasa  dan rasuah.

Ya, sudah sampai masanya bagi mahasiswa dan anak muda Terengganu bangkit bagi menentang kezaliman yang dilakukan terhadap anak bangsa mereka sendiri. Kalaulah kepimpinan Ahmad Said boleh menjaga dan membelai gajah, harimau dan kera di Zoo Kemaman dengan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun, maka apakah ini balasan kepada anak bangsa sendiri yang dianaiya dek kerana ’dendam politik’ yang sempit? Ayuh anak muda Terengganu bersama-sama membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti bagi mengajar keangkuhan kepimpinan Ahmad Said.



1 comments:

Dearest Esteems,

We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator

Post a Comment

TV Media Mesir