Macam-macam
usaha dan cara ISMA lakukan bagi
mempertahankan bahawa ISMA bukanlah UMNO, dan UMNO bukanlah ISMA. Tapi kalau
kita lihat dan kaji isu yang berlaku serta tindakan ISMA yang cukup gentar dan
takut bila berhadapan dengan UMNO adalah bukti bahawa ISMA sebenarnya sujud
menyembah menjilat kezaliman dan kekuasaan UMNO.
Usaha
Presiden ISMA Malaysia yang menyokong penubuhan JATI sebenarnya lebih
menggambarkan bahawa ISMA bukanlah Ikhwanul Muslimin di Malaysia ataupun Jemaah
yang memperjuangkan Islam secara syumul kerana ISMA tidak menghormati PAS yang
telah memecat Datuk Dr Hasan Ali dan PAS tidak pernah mengiktiraf penubuhan JATI.
Bahkan kalau
dikaji, penubuhan jati sebenarnya hanyalah perancangan yang dibuat oleh
sekumpulan UMNO bagi merosakkan imej islam yang dibawa oleh PAS. Kebodohan
Presiden ISMA yang menyokong penubuhan JATI akan lebih melambatkan penyebaran
Islam di Malaysia.
Islam di
Malaysia yang bermazhabkan UMNO perlu dihapuskan secara penuh, tetapi ISMA
dilihat menyokong Islam disebarkan berpandukan mazhab dan ijtihad UMNO. Sungguh
bodoh ISMA ini….
(Soalan kepada Presiden ISMA)
“Usaha penubuhan Jalur Tiga
(Jati) adalah usaha memelihara kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja di
Malaysia. Apakah kemunculan Jati boleh menjadi faktor mempersatu umat secara
jangka panjang?
Kemunculan Jati adalah suatu yang tepat pada waktunya, di waktu
mana rata-rata umat Islam dan orang Melayu merasa terancam dan tergugat
kedudukan mereka. Ia akan mengisi inspirasi orang Melayu khususnya dan umat
Islam amnya untuk memastikan kepentingan mereka tidak terancam disebabkan
kerakusan pertembungan politik yang berlaku di tanah air. Islam, Melayu dan
Raja (IMR) adalah tiga komponen teras yang menjadi asas kepada pembentukan
Perlem bagaan Malaysia.
Isu IMR ini adalah merupakan isu paksi di mana kontrak sosial
dalam konteks hubungan antara kaum di Malaysia ini digubal. Islam dengan
kedudukannya, Melayu dengan hak-haknya dan institusi Raja dengan peranannya.
Haruslah dijunjung dan dihormati oleh semua kaum yang ingin tinggal di negara
ini.
Apabila akhir-akhir ini, terdapat usaha dari luar dan dalam yang
ingin mencabar dan menggugat tiga perkara ini, ia tentunya menyentuh jantung
hati umat Islam khususnya orang Melayu keseluruhannya. IMR adalah noktah
perkongsian yang merangkumi kepentingan orang Melayu dan umat Islam seluruhnya.
Dengan menjadikan tiga perkara ini sebagai asas atau landasan perjuangan, in
akan menjadi unsur penyatuan kepada seluruh umat.
Sumber:
Utusan Malaysia, 6 Mac 2012”
4 comments:
Sedare,slogan 'melayu sepakat islam berdaulat' akn disalah ertikan klu tgk pd slogan je..fitnah mmg berterusan pada jemaah ISMA..ape kate sedare sndri join pe pgram yg ISMA wat..tgk pe pngisian dan prjuangan sebenar..jgn nilai org or sesuatu jemaah hnya pada surat khabar,crita org2 lame,statement,surat kabar,blog,twitter,slogan, logo,baju,seluar,kain pelikat,kain batik,rupa paras dan sebagainya..cbe pegi bbrp pgram yg dianjurkan..buka hati n fkiran..jgn trus kait ngn UMNO..dh ikut pgram bru nilai sndri sblum wat or kuar pape statement..ingt dosa fitnah bro..sedare lg taukn sbb sedare plajar azhar..ni internet,1 dunia leh tgk n klu de yg prcya dgn kate2 sedare n sebar bnde yg blom pasti kt org ramai,maka fikir2kan saham di akhirat...~salam berlapang dada n cium tgn ibu bapa~..
jangan memburukkan orang lain untuk menampakkan kita yang paling baik dan paling benar....biarlah kebaikan kita terserlah dengan kelakuan baik yang kita lakukan.Tengok utz Zahazan pernah dia kutuk orang lain ...semua jemputan ceramah dia penuhi samaada pembangkang mahupun di pihak kerajaan.Umno perlu di tarbiah dan pas Juga perlu ditarbiah...
ingat! sekiranya perkara ini tak benar, dan selagi artikel ini berada di internet, serta dibaca oleh org ramai, selagi itu lah anda menanggung dosa..
wallahua'lam..
Dearest Esteems,
We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.
Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator
Post a Comment