Wednesday, April 11, 2012

KENALI 8 (LAPAN) RAKAN ANDA YANG ZALIM..


Pasti semua pihak terkejut dengan kenyataan lapan pelajar dari Persatuan Mahasiswa Ana Terengganu (PERMATA) yang berusaha untuk menjernihkan wajah hitam Yayasan Terengganu yang menarik pinjaman Mahsiswa terengganu Mesir yang terlibat dengan BERSIH 2.0.

Menurut sumber, 8 pelajar PERMATA tersebut bukanlah dari kalangan pelajar Mesir dan sama sekali bukan lulusan pengajian dari Mesir.Tapi apa yang pelik,mereka ini tiba-tiba muncul memberikan kenyataan menyokong tindakan maha zalim yang dibuat oleh pihak Yayasan Terengganu (YT).

Tindakan YT yang memperalatkan golongan mahasiswa sebagai jurucakap mereka memang cukup licik.Ini bagi menggambarkan kepada masyarakat awam tindakan YT mendapat respon positif dan sokongan Mahasiswa.



Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) menyokong tindakan Yayasan Terengganu (YT) membatalkan tajaan biasiswa kepada sembilan pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang menyertai perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu.

Jurucakapnya, Mohd. Nafis Mohd. Noor berkata, tindakan tegas itu wajar bagi membuka mata pihak yang tidak bertanggungjawab secara terang memperalatkan golongan pelajar untuk kepentingan agenda politik tertentu.

Menurutnya, pembatalan itu bukan sesuatu yang zalim dan terburu-buru, malah tujuh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam serta dua Ijazah Sarjana Muda Perubatan berkenaan telah diberi ruang serta peluang untuk membela diri melalui surat tunjuk sebab kepada YT.

                                                                                                                                   
“Kami difahamkan, mereka mengaku terlibat dengan perhimpunan itu melalui surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Yayasan Terengganu. Bukan itu sahaja, mereka dengan angkuh mengatakan itu (sertai perhimpunan Bersih) adalah hak mereka.

“Perbuatan mereka menyertai bantahan, perhimpunan yang berunsur hasutan secara tidak langsung telah melanggar isi kandungan Perjanjian Pinjaman Yayasan Terengganu yang mereka sendiri faham dan tanda tangani,” katanya kepada pemberita di Bangunan YT hari ini.

Tambah Mohd. Nafis, Permata menyarankan agar pihak yang mencetuskan perhimpunan Bersih termasuk pemimpin parti politik bertanggungjawab terhadap nasib sembilan pelajar terbabit kerana kumpulan itu yang begitu bersungguh libatkan pelajar dalam agenda mereka.

Bagi sesetengah pemimpin parti politik katanya, mereka lebih akan mengambil peluang untuk menjadi ‘jaguh kampung’ dengan mengeksplotasi perkara ini dengan menuduh Kerajaan sebagai zalim dan tidak profesional.

“Permata dengan penuh rasa kesal membidas sikap tamak pihak terbabit yang terlalu memikirkan keuntungan politik hingga membawa pelajar ke kancah yang tidak sepatutnya seperti terlibat dalam rusuhan dan demontrasi haram,” katanya.

Dalam pada itu kata Mohd. Nafis, Permata mengecam tindakan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) yang bersikap biadap dengan menghantar memorandum berbentuk ugutan untuk melakukan perhimpunan dengan skala lebih besar jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

“Permata merasakan, tindakan itu sesuatu yang serius. Yayasan Terengganu sebenarnya boleh membuat laporan polis kerana terdapat unsur-unsur ugutan terhadap agensi kerajaan itu,” ujarnya yang juga Presiden Permata Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah YT, Mohd. Razali Mahmud memberi amaran keras kepada pelajar yang menerima tajaan dan biasiswa yayasan itu agar tidak terlibat dengan apa jua perhimpunan haram termasuk Bersih 3.0 yang diwar-warkan akan diadakan di ibu negara hujung bulan ini.

“Jika didapati terlibat, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama kerana kita mahu mereka fokus kepada aktiviti pembelajaran dan tidak terpengaruh dengan anasir negatif.

“Kita bukan agensi yang kejam seperti yang didakwa. Setiap tahun Yayasan Terengganu membelanjakan lebih RM106 juta untuk memberi pinjaman dan biasiswa kepada anak Terengganu melanjutkan pengajian,” jelas beliau.

Tahun ini katanya, YT memperuntukkan kira-kira RM21.5 juta untuk menaja lebih 3,000 pelajar termasuk 545 penuntut di 12 buah negara termasuk Jepun, Perancis, United Kingdom, Jordan dan Indonesia dalam pelbagai disiplin pengajian.

“Di Mesir, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam menerima pinjaman berjumlah RM24,000 seorang dan RM300,000 untuk pelajar perubatan,” katanya
.


1 comments:

Dearest Esteems,

We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.

Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator

Post a Comment

TV Media Mesir