Monday, April 23, 2012

IMTIHAN QABUL DAN KERAJAAN MALAYSIA YANG TIDAK SERIUS


Keputusan mengadakan imtihan qabul (peperiksaan kelayakan ke universiti al azhar) di Malaysia, menunjukkan kerajaan Malaysia melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, dan Education Malaysia Egypt tidak serius menangani masalah ini.
                                                  Gambar: Universiti Azhar, Kaherah.

Keputusan ini sekaligus menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini.
Isu ini wajar mendapat perhatian dan sebaiknya dipanjangkan kepada guru-guru, atau pihak sekolah agama.

Usaha-usaha terangcang mengurangkan pelajar malaysia ke mesir memang ketara sejak dahulu:

1. Membatalkan bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
2. Masalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
3. Memansuhkan sijil tinggi agama negeri-negeri dan digantikan kepada STAM.
4. Menyekat bantuan zakat atas alasan2 yang tidak munasabah.

dan lain-lain masalah. Sedangkan Al Azhar merupakan institusi terbuka kepada ummat Islam sedunia. Usaha ke arah melenyapkan pengaruh Al Azhar ini nampak ketara, apabila banyak tohmahan-tohmahan dilemparkan kepada para pelajar, terutama isu penguasaaan bahasa arab.

Apa yang perlu berubah ialah cara pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan kelayakan (imtihan kabul).

Saya amat bersyukur apabila, isu SABK telah diambil perhatian oleh Cikgu Azmi dari Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) untuk membela Sekolah Agama Rakyat. Juga beliau telah menyampaikan beberapa isu penting dalam silibus pengajian SABK.

Subjek Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semasa: 
S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid 
S102 – Fiqh 
S103 – Tauhid dan Mantiq
S104 – Tafsir dan Ulumuhu 
S105 – Hadith dan Mustolah 
S106 – Nahu dan Sarf 
S107 – Insya’ dan Mutalaah 
S108 – Adab dan Nusus 
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah 
S110 – Balaghah (kesusateraan) 

Subjek SIJIL TINGGI UGAMA (STU) sebelum ini:
1 - Hifz Al-Qur’an dan Tajwid 
2 - Nahu dan Sarf
3 - Balaghah
4 - Insya’ dan Mutalaah 
5 - Tarikh Adab dan Nusus
6 - Fiqh dan Faraidh
7 - Usul Fiqh dan Qawai'dul Fiqhiah
8 - Hadith dan Mustolah
9 - Tauhid dan Mantiq
10 - Tafsir dan Ulumuhu
11 - ‘Arudh dan Qafiyah 
12 - Bahasa Inggeris
13 - Lisan Bahasa Arab

Sebahagian subjek penting telah dimansuhkan dalam STAM, terutama subjek Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiah. 

Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan masalah ini bertindak segera untuk kesinambungan pelajar-pelajar Malaysia ke bumi Mesir.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir