
Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.
Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108
KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.
KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

Gambar kiri :
Surat bukti penafian hak keatas mahasiswa Terengganu Mesir dibuat tanpa
penjelasan walaupun dituntut beberapa kali oleh mahasiswa Mesir.
Sekumpulan mahasiswa dan NGO tempatan hari ini mengadakan perhimpunan
membantah keputusan kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman kepada mahasiswa
tajaan negeri itu yang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai
lalu.
Perhimpunan yang disertai aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung
(Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Mahasiswa Pantai Timur
(GEMPUR) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) itu bertujuan
menuntut supaya pinjaman pelajaran diberikan semula kepada mahasiswa terbabit.
Menurut jurucakap GEMPUR, selain kira-kira 100 orang mahasiswa dan
aktivis, bapa kepada seorang 'mangsa' terbabit juga turut hadir bagi mendesak
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menunaikan tuntutan mereka.(gambar atas : sebahagian pelajar BERSIH 2.0 di Mesir)
Dalam perhimpunan itu, mereka turut membawa kain rentang mendesak
kerajaan negeri membatalkan tindakannya.

KAHERAH, 16
April: Harakah telah menghulurkan bantuan kepada sembilan pelajar
Terengganu yang ditarik penajaan mereka oleh Yayasan Terengganu (YT).



Tapi ni sebenarnya bukanlah berita gembira buat semua,
jawapan putar belit dan penipuan adalah mainan dan amalan biasa UMNO dan BN.
Juga tidak dilupakan Dato’ Duta Malaysia di Kaherah Mesir, Prof Dato’
Fakhruddin yang dilihat cukup mesra dan tunduk kepada UMNO. Begitu juga nama
pegawai E.M.E yang akan kembali menjadi hero bangsat UMNO iaitu Khairi Jalalludin
yang memang cukup setia dalam menjilat arahan dan permintaan UMNO.
Kerajaan tiada
masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang
selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan
sebarang gangguan.
Usaha
Presiden ISMA Malaysia yang menyokong penubuhan JATI sebenarnya lebih
menggambarkan bahawa ISMA bukanlah Ikhwanul Muslimin di Malaysia ataupun Jemaah
yang memperjuangkan Islam secara syumul kerana ISMA tidak menghormati PAS yang
telah memecat Datuk Dr Hasan Ali dan PAS tidak pernah mengiktiraf penubuhan JATI.