Saturday, July 23, 2011

DESAK Mengemukakan Cadangan Memperbaiki JPMK


23 JULAI - Hari ini, Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) telah mengemukakan 5 cadangan kepada pihak Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) bagi memperbaiki jabatan tersebut.

Lima cadangan tersebut ialah,

1. Memohon penambahan hari bagi pengurusan visa mahasiswa di Pejabat Emigresen tempatan,
2. Memohon keperihatinan dan kebersamaan pihak pengarah dalam isu-isu mahasiswa,
3. Meningkatkan daya mutu perkhidmatan EM menerusi atase-atase yang berkaitan,
4. Meminta supaya pihak EM dapat mengurangkan karenah birokrasi dalam perkhidmatannya terhadap mahasiswa,
5. Memastikan pegawai-pegawai EM tidak mencampuri urusan politik dalam perkhidmatan mereka terhadap para mahasiswa yang ingin berurusan.

Permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa apabila berurusan dengan JPMK sering dipandang sebelah mata oleh beberapa pihak. Antaranya, usaha yang dilakukan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) bagi menuntut hak mahasiswa selama ini.

"Saya berharap agar JPMK dapat memperbaiki reputasi mereka yang telah tercalar" kata Pengerusi DESAK.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir