Saturday, July 23, 2011

Kedutaan Menyebabkan Pengajian Saya Diberhentikan - Firdaus


23 JULAI - Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan yang telah dihentikan pengajian mereka gara-gara angkara pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Beliau menyatakan bahawa usaha menghentikan pengajian beliau dari Darul Ifta adalah usaha daripada kedutaan sendiri. Beliau telah menyatakan perkara ini ketika Majlis Penerangan Isu Semasa anjuran DESAK, 19 Julai lalu.

Mohd Firdaus Mazlan seorang mahasiswa tahun akhir Kursus Darul Ifta, dan beliau akan menyertai konvo pada 25 Julai ini. Namun, disebabkan usaha pihak kedutaan, beliau tidak dapat menyertainya, bahkan dihentikan daripada kursus tersebut.

Beliau melahirkan kekesalan terhadap pihak kedutaan yang bertindak tidak profesional terhadap seorang mahasiswa.

"Saya diberhentikan daripada pengajian tanpa sebarang rundingan", katanya.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir