Friday, July 22, 2011

Majlis Penerangan Isu Semasa dan Solat Hajat


22 JULAI - Pada 19 Julai baru-baru ini, Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa. Program yang menghimpunkan lebih 2000 orang mahasiswa tersebut telah didokongi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan BERSIH 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka. Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar BERSIH 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasat ke atas mahasiswa/wi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir