Thursday, July 21, 2011

Penyerahan Memorandum Di Pejabat Kedutaan

21 JULAI - Pagi tadi, para mahasiswa yang dipimpin oleh Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) telah bertemu dengan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), bagi menyerahkan memorandum "Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa".

Bersama-sama dalam penyerahan ini, Presiden PMRAM, Presiden ABIM Mesir, Presiden Perubatan, Yang Dipertua BKAN dan Pengerusi-pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa.

Rombongan penyerahan memorandum tiba di pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah pada jam 10 pagi. Namun, rombongan diminta supaya menghantar 5 orang wakil sahaja untuk penyerahan tersebut.

Setelah melakukan beberapa rundingan, akhirnya pihak kedutaan bersetuju untuk menghantar wakil mereka untuk bertemu dengan mahasiswa di perkarangan bangunan.

Pada jam 10.35 pagi, seorang pegawai Kedutaan, En. Abdul Latif, telah mewakili kedutaan untuk penerimaan memorandum tersebut.

3 comments:

saudara, mana satu betul ni? di terima atau di tolak?

yang ditolak pada 20 hb oleh Dato Seri Jamil Khir...kerana dikatakan tidak mengikut prosedur.

yang diterima pada 21hb di pejabat kedutaan malaysia ke mesir..diterima oleh wakil duta sahaja,tidak dato' duta sendiri..dan mereka memberi jaminan akan hantar ke jabatan pengajian tinggi utk tindakan dan perhatian..Wallahua;lam

harap2 keadaan bertambah baik, teruskan berdoa dan berusaha saudara2 di sana. saya di sini hanya mampu turut berdoa utk kebaikan kita bersama dan keadilan terhadap mahasiswa di sana.

Post a Comment

TV Media Mesir