Friday, July 29, 2011

Sokongan Mahasiswa Jordan Terhadap PMRAM


28 JULAI - Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) menyeru agar semua mahasiswa/wi Islam Jordan melakukan solat hajat khusus bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk PMRAM dan mahasiswa Islam Mesir berhubung isu yang masih hebat diperkatakan pada amalam ini.

MPPMJ menyambut baik permintaan PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir . Bagi setiap mantiqah juga MPPMJ menyeru agar setiap Persatuan Zon dapat sama-sama melakukan solat hajat pada malam ini yang masing-masing bagi tujuan yang sama.

Selain itu, solat hajat ”Selamatkan PMRAM dan Mahasiswaa Mesir” bukan sahaja dilakukan di peringkat Mesir bahkan di Malaysia serta beberapa negara luar seperti Jordan, Syria, Morocco, Ireland dan sebagainya.

28 Julai (hari ini) menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir,Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir .

Selain persatuanpersatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS,Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.

PMRAM.org

1 comments:

InsyaAllah ana dr mlysia akn cube arahkan DPP Pagoh dan Pas Kawasan Pagoh dan masjid tempat ana bertugas utk laksanakan solat hajat insyaAllah..kami senantiasa mendoakan shbt2 di sana..terutama Ust Zanki - rkn serumah ku dahulu...teruskan perjuangan

Post a Comment

TV Media Mesir