RAKYAT MALAYSIA DI MESIR SOKONG BERSIH
Mahasiswa Malaysia di Mesir mengecam, sekiranya kerajaan pusat atau mana-mana kerajaan negeri bertindak menyekat bantuan biasiswa, zakat, serta pinjaman penuntut tajaan yayasan (dibawah kerajaan negeri). Ini kerana tindakan tersebut dikira sebagai mencabuli hak mahasiswa, yang juga merupakan warga tetap malaysia serta selaku rakyat bumi putra. Lebih malang, zakat, biasiswa, serta pinjaman yayasan negeri ini ditarik khusus kepada pelajar malaysia dibumi Mesir sahaja, sedangkan dilain-lain tempat sebarang tindakan tidak diambil oleh pihak berkaitan. Seluruh mahasiswa-mahasiswi malaysia dibumi mesir adalah merupakan anak jati Malaysia serta warga melayu tulen. Mana perginya laungan Membela Hak Melayu oleh pihak tertentu? Mengapa mahasiswa Malaysia Mesir sahaja di ditekan dengan begitu hebat, sedangkan kesemua mahasiswa-siswi Malaysia Mesir adalah anak-anak Melayu?
BERSIH 2.0 San Franscissco
Apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, iaitu Kerajaan Negeri mengambil keputusan menarik balik biasiswa dan pinjaman penuntut tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang terlibat dengan demonstrasi Bersih di Mesir, 9 Julai lalu adalah amat tidak berperikemanusiaan. Ini kerana, kewangan yang dimiliki kerajaan negeri merupakan hak rakyat, ianya datang dari sumber tenaga rakyat, dan harus dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerimanya tanpa sekatan.
Apa yang dilakukan oleh pihak pegawai malaysia di Mesir melalui kedutaan (KBMK),Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK/EME), dengan membuang seorang pelajar dari Darul ifta' Al-Masriya,bertindak tidak profesional dengan cara mengugut pelajar dengan ugutan demi ugutan, Ketika berurusan dipejabat (JPMK/EME), pegawai mengeluarkan beberapa album bersih versi Mesir ketika berurusan, dengan melihat adakah wajah pelajar yang sedang berurusan itu terlibat dengan BERSIH di Mesir,sekiranya pelajar terlibat, urusan keperluan pelajar tersebut tidak akan dilayan. Serta pelbagai lagi tekanan tidak melambangkan semangat 1 malaysia yang dibawa kerajaan Malaysia.
Isu Pegawai negeri perak dimesir juga tidak ketinggalan, dengan menyenarai hitamkan sekitar 40 orang pelajar perak dimesir yang menyertai BERSIH versi Mesir. Mereka yang tersenarai juga dikhabarkan bakal berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.
BERSIH 9 JULAI CAIRO EGYPT
Rakyat malaysia dibumi mesir beranggapan pencabulan ini amat keterlaluan serta menolak isu BERSIH ini dipolitikkan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan rakyat malaysia berusia 21 tahun keatas untuk bersuara serta berhimpun secara aman. Himpunan rakyat Malaysia dibumi Mesir bukan sahaja Halal dari segi Undang-undang sivil, perlembagaan, bahkan tidak melanggar syariat. Mahasiswa di Mesir juga tidak terikat dengan undang-undang Universiti seperti AUKU akta yang dikenakan pada pelajar dimalaysia. Mahasiswa terutamanya menolak serta mengecam hukuman yang dilaksanakan mana-mana pihak. kerana ia seperti perlaksanaan undang-undang RIMBA. Sifat KUKU BESI mengalahkan AUKU ini dikritik hebat oleh seluruh lapisan mahasiswa dibumi Mesir.
PRA BERSIH 2 JULAI ZAGAZIG EGYPT
Tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak mengikut lunas undang-undang, serta tidak profesional dengan menghukum secara zalim ini, memungkin rakyat Malaysia dibumi Mesir akan bangun dan bangkit sekali lagi secara besar-besaran bagi menuntut keadilan.
0 comments:
Post a Comment