Sunday, July 24, 2011

MTP Memberi Kepercayaan Kepada PMRAM


KAHERAH, 23 Julai -Pencabulan hak mahasiswa semakin mendapat perhatian umum daripada segenap masyarakat terutama mahasiswa serantau.

Realiti yang berlaku kini adalah kerana sekian lama pementasan arena dunia mahasiswa telah digula-gulakan dengan pelbagai muslihat yang akhirnya ingin menjatuhkan kredibiliti mahasiswa Islam khususnya .

Pendirian PMRAM dalam mempertahankan hak dan maruah mahasiswa terus dicanang dengan hebat melalui media perdana sekaligus mendapat perhatian yang begitu serius .

Majlis Tertinggi Pengurusan Anak Negeri Sembilan Mesir (MTP) juga turut bersama-sama memberi sokongan kepada PMRAM melalui surat yang telah dihantar kepad Presiden PMRAM dengan memberikan kepercayaan penuh kepada PMRAM dalam menangani isu ini.

Antara cadangan yang diusulkan agar pihak PMRAM menyelesaikan isu dengan profesional dan mengikut saluran yang betul sekaligus menonjolkan akhlak yang baik selaku golongan Azhari dan mempertahankan panji Islam seantero dunia kelak.

MTP juga berharap agar PMRAM harus meniliti dan mengkaji dalam setiap tindakan agar menjatuhkan mana-mana pihak.

"Kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada PMRAM ini adalah satu penghargaan dan menunjukkan kebangkitan mahasiswa dalam mempertahankan hak daripada berterusan disangkal haknya" ujar Saudara Firdauz bin Noh Setiausaha Agung PMRAM ketika ditemui di Majlis Walimah di Hayyu Asyir tengah hari tadi.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir