Thursday, July 21, 2011

Mahasiswi Turut Sama Mempertahan Hak Mahasiswa


21 JULAI - Hal Ehwal Wanita Islam, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), hari ini turut sama berganding bahu dalam menyatakan penafian mereka terhadap pencabulan hak mahasiswa.

Saudari Mahfuzah binti Saidina Abu Bakar menyatakan kepada media bahawa HEWI PMRAM tidak akan berdiam diri dalam isu ini. Barisan kepimpinan HEWI PMRAM juga menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang telah menafikan hak kebebasan mahasiswa.

HEWI PMRAM juga turut hadir dalam penyerahan memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa pagi tadi. Turut sama dalam penyerahan memorandum tersebut, Saudari Aimi Athirah binti Azmi Murad, Timbalan Presiden II, Persatuan Perubatan.

Keterlibatan mereka di dalam tindakan ini menunjukkan kebersamaan mereka dalam mengembalikan hak mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir