Sunday, July 24, 2011

Mangsa Halau Diminta Bertemu Pengarah JPMK


24 JULAI - 3 orang mahasiswa yang dihalau tanpa notis dari Asrama Rumah Melayu Abbasiah, telah diminta untuk bertemu Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK).

Makluman telah disampaikan oleh En. Zulkifli bin Din semalam ketika bertemu dengan salah seorang mangsa, Saudara Mohd Zaidi bin Ahmad Nawi. Pertemuan dengan Pengarah JPMK tersebut dijadualkan pada hari Isnin.

Perkara ini susulan daripada penghalauan mereka daripada asrama tanpa notis baru-baru ini. Ketiga-tiga mangsa ialah Mohd Zaidi bin Ahmad Nawi, Abu Salman bin Husin dan Zul Izzi bin Ismail. Mereka dikenakan tindakan kerana terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Mesir pada 9 Julai.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir