Sunday, July 24, 2011

Pembatalan Pengajian, Kedutaan Berdiam Diri


24 JULAI - Darul Ifta Misriyyah telah mengeluarkan senarai nama mahasiswa yang bakal mengikuti Konvo pada esok hari. Walau bagaimanapun Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan tidak termasuk di dalam senarai tersebut.

Senarai nama tersebut yang memuatkan 20 orang menghimpunkan kesemua mahasiswa tahun akhir, kecuali Firdaus. Antara rakyat Malaysia yang terdapat di dalam senarai tersebut ialah Saudara Rafzan bin Razak dan Saudara Mohd Arifuddin bin Wan Abd Razak.

Beliau menyatakan kekesalan terhadap pihak kedutaan yang tidak melakukan sebarang tindakan dan usaha.

"Esok adalah hari konvo saya, dan tarikh itu merupakan sejarah hidup saya. Tetapi, saya telah diberhentikan pengajian angkara kedutaan", katanya ketika dihubungi.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima apa-apa respon daripada pihak kedutaan sedangkan esok saya sepatutnya menerima ijazah" katanya lagi.

Beliau berkata "Saya masih berpeluang untuk menyertai konvo tersebut sekiranya pihak kedutaan menarik semula pembatalan pengajian saya. Namun, mereka masih belum berbuat demikian. Sebelum ini, PA Dato Duta berjanji untuk menghubungi saya, tetapi sehingga hari ini saya masih belum menerima apa-apa respon daripada mereka".

1 comments:

Blog yang baik kerana membuat liputan isu mahasiswa di mesir. Teruskan usaha anda. Sekadar peringatan, pastikan berita semuanya 'bersih', telus dan adil. Jika tidak, maka Allah itu Maha Adil...

Post a Comment

TV Media Mesir