Tuesday, August 9, 2011

Deklarasi Hasil Pertemuan Dengan Kedutaan


9 OGOS - Semalam diadakan satu pertemuan di antara Kedutaan dan beberapa orang wakil mahasiswa. Antara yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Saudara Azlan bin Hj Elias, wakil Presiden PMRAM, Saudara Nuruddin Zanki, Pengerusi DESAK, Saudara Hairul Nizam bin Mat Husin, penasihat DESAK, Saudara Taufiq bin Dahalan, Setiausaha DESAK dan Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan, Presiden SUARA.

Pertemuan dijadualkan bermula pada jam 10 pagi dan selesai pada jam 3 petang bertempa di Bangunan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mohandissin. Hasil daripada pertemuan tersebut, DESAK mendeklarasikan dua perkara sebagai tuntutan terhadap pihak kedutaan.

Dua tuntutan tersebut ialah menyediakan prosedur khas berkait dengan tindakan terhadap mahasiswa dan memberi hak kebebasan atas saluran mahasiswa.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir